Penduduk Bumi Berpeluang ‘Sertai’ Misi NASA Ke Marikh Untuk Tahun 2026

Daftar Nama Anda Sekarang Untuk ‘Sertai’ Misi 2026 NASA Ke Marikh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Daftar nama anda sekarang untuk ‘sertai’ misi NASA ke Marikh pada tahun 2026.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) kini membuka peluang kepada penduduk bumi yang berminat untuk menghantar nama ke Planet Marikh menerusi misi yang dijangka akan dilaksanakan enam tahun lagi.

Untuk menyertai misi NASA ini, anda hanya perlu daftar nama dengan memberikan maklumat seperti nama, negara dan alamat emel dan kemudiannya akan dihadiahkan ‘pas berlepas’ untuk simpanan peribadi.

Penduduk Bumi Berpeluang ‘Sertai’ Misi NASA Ke Marikh Untuk Tahun 2026

Nama-nama penduduk bumi yang didaftarkan akan dibawa bersama angkasawan ke sana dalam misi 2026 dan setakat ini seramai 4,306 orang rakyat Malaysia telah mendaftarkan diri daripada jumlah keseluruhan 470,611 orang.

Untuk mendaftar, anda bolehlah klik ke LINK INI.

Sebelum ini, satu Malaysia di game seorang anak muda yang mendakwa terpilih sebagai salah seorang penerima biasiswa daripada NASA.

Beliau dikatakan terpilih kalangan 1% skor terbaik dalam cabaran misi Artemis yang membolehkannya melanjutkan pengajian ijazah dengan NASA.

BACA: Satu Malaysia Kena ‘Game’, Azhar Ali Bertegas Enggan Mohon Maaf Isu Biasiswa NASA

Memang benar beliau ada menyertai sebuah pertandingan mereka pakaian angkasawan, anjuran NASA di bawah program Artemis pada 20 Mac lalu dah menerima emel yang menyatakan markah beliau adalah antara 1% daripada keseluruhan tiga juta penyertaan.

Namun individu tersebut kemudiannya mendedahkan beliau sebenarnya merupakan mangsa penipuan scammer yang menggunakan emel rasmi NASA untuk menyampaikan surat tawaran.

Dalam satu perkembangan terbaharu, NASA mendapati warna bumi lebih hijau jika dibandingkan dengan 20 tahun lalu dengan peningkatan warna hijau di seluruh planet, yang diukur pada purata luas daun per tahun daripada tanaman dan pokok.