Pelembap Bibir Daboba 3

DABOBA Lancar Pelembap Bibir Rasa Teh Boba

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pastinya ini berita yang sangat mengejutkan!

Mana tidaknya, setelah hampir 76 tahun berada dalam pasaran, baru kini kita ditampar dengan kenyataan gula-gula susu ini positif mengandungi kandungan yang haram iaitu gelatin babi.

BACA: Inside Scoop Bakal Realisasi Impian Hasilkan Aiskrim White Rabbit

Gula-gula berwarna putih dengan tekstur embut dan kenyal dalam bentuk silinder ini merupakan salah satu gula-gula nostalgia yang digemari semasa zaman kanak-kanak.

White Rabbit Positif Gelatin Babi 2

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai siaran akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei yang meminta pengasingan produk ini dari kawasan penyimpanan umum kepada bahagian ‘Non-Halal’ kerana produk tersebut positif mengandungi protein babi.

BACA: Kedai Ini Jual Aiskrim Perisa Gula-Gula Nostalgia White Rabbit

Ini berikutan daripada data yang diperolehi daripada analisa bahan ramuan yang digunakan dalam penghasilan produk keluaran negara China tersebut. Pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama turut meminta agar pengguna beragama Islam yang memilik produk terbabit menjauhi serta tidak memakan produk ini.

White Rabbit Positif Gelatin Babi

Jika dilihat pada sejarah penjualan gula-gula White Rabbit ini terdapat banyak masalah pada bahan ramuannya. Antaranya pada tahun 2007, di Indonesia gula-gula ini dihapuskan kerana mempunyai kandungan formaldehyde iaitu salah satu bahan yang digunakan dalam membina material binaan dan produk alatan rumah.

Manakala, pada tahun 2008 Teso UK menarik semula penjualan gula-gula ini kerana dikatakan mempunyai kandungan melamine. Selain daripada negara di atas, ada beberapa buah negara lagi yang dilaporkan mempunyai masalah dengan kandungan gula-gula White Rabbit tersebut, antaranya Australia, Hong Kong dan Singapura.

Kalau yang dah termakan bagaimana? Aduhhh…

Sedap juga berbuka nasi lemak hari ini.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.