
‘D.P’ Kritik Isu Buli Dalam Kalangan Tentera Di Korea Selatan
D.P kritik isu buli dalam kalangan tentera Korea Selatan.
Dengan hampir tiada pengecualian, lelaki berusia 18 tahun hingga 28 tahun dengan tubuh badan sihat dan sempurna dikehendaki untuk melaksanakan perkhidmatan tentera.
BACA: Askar Korea Selatan Ditemui Mati Lepas Dipecat Kerana Buat Pembedahan Tukar Jantina
Sistem yang sudah wujud sejak 1957 ini memerlukan mereka berkhidmat antara 21 hingga 24 bulan mengikut unit yang diberikan.
Mengetengahkan sistem ini dalam siri terbaharu di Netflix, D.P atau Deserter Pursuit membawa anda meneroka betapa ia tidak lari daripada isu sosial seperti buli.
Mendapat pujian kerana membawa hampir 100% realiti kedalam bentuk siri, siri enam episod ini mudah difahami dengan plot realiti dunia ketenteraan yang menarik untuk dikupas.
Dilakonkan oleh Jung Hae-in, siri yang diadaptasi daripada webtoon ini dimulakan dengan watak Ahn Jun-ho yang ditugaskan ke unit tentera polis.
Semasa ditawarkan tugas untuk menangkap tentera yang lari daripada berkhidmat, Jun-ho dengan rela hati menerima kerana tidak mahu kehidupan tenteranya diganggu ahli senior unitnya.
Ditugaskan bersama Han Ho-yeol (lakonan Koo Gyo-hwan), siri ini sarat dengan kritikan sosial yang membawa penonton melihat sendiri realiti yang perlu dilalui mereka yang bergelar tentera.
Terikat dengan sistem senioriti, ahli tentera tidak mempunyai pilihan lain selain daripada perlu akur dengan setiap yang dilakukan, biarpun menerusi undang-undang, buli adalah salah satu jenayah yang tidak perlu dibiarkan.
Siri ini sudah boleh anda tonton di Netflix, dan kami pasti enam episod pendek ini pasti tidak mengecewakan.
Sebelum itu, tonton dahulu trailer siri D.P di pautan bawah:
Terdahulu, drama akan datang lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae-in berdepan kontroversi sehingga terpaksa menolak tajaan produk.
Baca lanjut di: Mahu Elak Kontroversi, Drama Akan Datang Lakonan Jisoo Blackpink Enggan Terima Tajaan Produk