
Cukai Digital 6% Berkuatkuasa Jan 2020 Bakal Melibatkan Perkhidmatan Netflix, Spotify Dan Banyak Lagi
Selalu kita lihat apabila AirAsia mengadakan promosi tiket penerbangan, pasti diberi kelebihan kepada ahli BIG kerana berpeluang untuk menebus nilai mata tersebut secara percuma.
Anda pula seorang yang sering mencari peluang tiket penerbangan tambang murah, menjadi ahli BIG AirAsia adalah peluang terbaik. Kumpul banyak-banyak mata ganjaran BIG untuk menanti promosi AirAsia lebih-lebih lagi promosi hujung tahun.
Bagaimana cara untuk mengumpul mata ganjaran BIG ini? Bukan sahaja dengan menaiki setiap penerbangan, malah anda dapat mengumpul mata ganjaran tanpa perlu anda terbang hari-hari!
Caranya sanat mudah, seperti yang ditawarkan oleh mana-mana pusat membeli-belah. Anda boleh mengumpul mata ganjaran di mana-mana lokasi atau aplikasi yang berkolaborasi dengan AirAsia.
Sebelum itu, bagi yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli BIG Member, silalah mendaftarkan diri anda dan dapatkan nombor ID AirAsia di pautan ini.
Sudah menjadi ahli BIG, langkah seterusnya anda boleh mengumpul mata ganjaran di lokasi atau aplikasi tersebut:
1. Mydin

Beli barang di Mydin menggunakan kad Meriah Mydin. Anda akan dapat 1 mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, dan jika nak mata Air Asia, setiap belian RM4 akan memberikan anda 1 mata Air Asia.
2. Petron
Anda ada dua pilihan ketika mengisi minyak di Petron iaitu sama ada mahu mata Petron Miles atau nak mata Air Asia,
Jika mahu mata Petron Miles, setiap isian RM2 anda dapat 2 mata. Kalau nak mata Air Asia pula, setiap isian RM2 dapat 1 mata. Sebagai contoh anda isi minyak RM20 sehari, seminggu 3 kali.
Berbaloi kan isi minyak di Petron.
3. Lazada
Mesti terasa rugi sebelum ini sebab baru tahu sebab berbelanja di sini boleh dapat mata dan tebus tiket Air Asia!
Daripada anda berbelanja tanpa dapat apa-apa ganjaran ekstra, baik anda mulakan dan dapatkan penerbangan percuma. Bagi setiap pembelian bernilai RM5 di Lazada, anda akan diberikan 1 mata ganjaran Air Asia.
Tambahan, jika anda buat belian tambah nilai Tune Talk menggunakan Lazada, anda boleh dapatkan mata ekstra iaitu 1 mata bagi setiap tambah nilai RM5.
4. Zalora
Selain Lazada, di Zalora juga boleh kumpulkan mata ganjaran AirAsia. 5 mata Air Asia akan diberikan bagi setiap pembelian bernilai RM15.
5. Booking.com / Agoda
Sambil menempah penginapan untuk travel, boleh dapatkan mata ganjaran BIG. Apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan nombor ID Air Asia dislot sepatutnya ketika anda membuat tempahan dan mata ganjaran akan diberikan.
Setiap USD10 (RM40), anda akan diberikan 10 mata ganjaran. Juga anda boleh dapatkan mata Air Asia dari laman tempahan Agoda.
6. Tune Talk
Pengguna plan Tune Talk sangat berbaloi kerana boleh mengumpul mata ganjaran AirAsia setiap kali tambah nilai. Boleh menebus mata ganjaran apabila mencecah 3,000 mata.
Bila mata sudah cukup 3,000 dan ada akaun Air Asia, log masuk ke Tune Talk Self Care dan klik pada “Tukar Mata BIG Tune Talk anda ke ID ahli AirAsia BIG”. Mata anda akan ditukarkan dalam masa 3 hingga 4 hari bekerja.
7. PTPTN

Sering dengar, “hutang tak bayar, tapi sakan melancong”? Hiraukan kata-kata makcik bawang kerana anda boleh bayar balik pinjaman pengajian anda (untuk peminjam PTPTN) sambil itu dapat mata ganjaran!
Bagi setiap pembayaran balik bernilai RM2, anda akan dapat 1 mata Air Asia. Bayangkan jika anda ada pinjaman sebanyak RM10,000, anda boleh dapat 5,000 mata!
8. Simpanan CIMB
Sesiapa yang mempunyai akaun dan simpanan di CIMB, anda boleh dapat mata ganjaran. CIMB ada tawarkan Air Asia Savers Account yang mana jika anda simpan RM1,500 selama 3 bulan, mata ganjaran sebanyak 250 akan diberikan.
Lebih banyak simpan, lebih banyak mata ganjaran! Jika sudah ada CIMB Clicks dan nak buka akaun ini, hanya perlu hasilkan akaun Air Asia Savers Account melalui CIMB Clicks.
Semuanya mudah sahaja bukan? Tinggal rajin atau tak untuk kumpul mata ganjaran AirAsia BIG dan tebus tiket secara percuma ke destinasi pilihan anda!
Sumber: Iluminasi