
Cukai 6% Perkhidmatan Digital Bakal Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2020
Selepas meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019, kerajaan mengumumkan bahawa penyedia perkhidmatan digital asing bakal dikenakan cukai 6% mulai 1 Januari tahun depan.
BACA: Peniaga Minuman Keras Tak Setuju, Malaysia Akan Rugi Hasil Cukai Jika Penjualan Arak Berkurang
Cukai ini bukanlah sesuatu yang baharu, namun ianya diwujudkan bagi keseimbangan ekosistem dan diluaskan skopnya dengan menyasarkan penyedia perkhidmatan dari luar negara.
“Sebenarnya kita mahu sediakan level playing field. Tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai, tetapi penyedia dari luar negara terlepas.” – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah
Mengambil contoh dari negara seperti Norway (25%), Rusia (18%) dan New Zealand (15%), Malaysia hanya akan mengenakan cukai perkhidmatan digital yang disediakan oleh perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia sama ada kepada pengguna individu atau pengguna perniagaan.

Perkhidmatan digital ini merangkumi perkhidmatan yang diberikan melalui internet atau rangkaian elektronik atas talian seperti langganan muzik dan video, e-book, e-marketplace, cloud computing dan pembelian perisian komputer.
Pengguna Malaysia akan ditentukan berdasarkan kepada kaedah pembayaran, alamat IP (Internet Protocol) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian atau langganan.
Untuk pengguna perkhidmatan digital atas talian seperti Netflix dan Spotify, sudah bersediakah anda dengan cukai ini?
Terkini, Jun lalu dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, kerajaan telah mengumumkan insentif pengecualian cukai jualan sebanyak 100% ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan sehingga hujung tahun ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.
Insentif yang diberikan bermula 15 Jun hingga 31 Disember ini turut memberikan pengecualian cukai 50% bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh yang sama.
Baca lanjut: Insentif Pengecualian Cukai Jualan Sehingga 100%, Adakah Harga Kereta Akan Jadi Lebih Murah?
Sumber: Astro Awani