Cuci dan Jemur, Jual Topen Muka Terpakai

Cuci Dan Jemur, Ini Taktik Kotor Individu Jana Pendapatan Dengan Jual Topeng Muka Terpakai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cuci dan jemur. Itulah taktik kotor beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan bekalan topeng muka kini.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan di Twitter, ada individu yang menjemur topeng muka yang sudah digunakan sebelum dijual kembali kepada orang ramai.

Kemungkinan besar, topeng-topeng berkenaan dikutip berdasarkan kepada kesempurnaannya dan dicuci dengan mentaliti ianya masih bersih.

Tidak salah mencari jalan untuk menjana pendapatan, namun janganlah bersikap pentingkan diri dengan meningkatkan lagi risiko jangkitan.

Cuci dan Jemur, Jual Topen Muka Terpakai
Sumber: @dylawok
Cuci dan Jemur, Jual Topen Muka Terpakai
Sumber: @dylawok

Jadi kita sebagai pengguna, rosakkan dahulu topeng muka sebelum dibuang supaya ianya tidak disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti ini.

Angka yang dijangkiti wabak koronavirus semalam meningkat secara mendadak telah menyebabkan kerunsingan pada orang ramai.

Setakat ini Malaysia sudah pun mencatatkan 428 kes termasuklah 42 yang sudah sembuh dan discaj serta  sembilan lagi berada dalam keadaan kritikal.

Saintis Cari Sukarelawan Dijangkiti Koronavirus

Disebabkan gusar dengan keadaan kesihatan, bekalan barangan pencegahan seperti face mask dan hand sanitizer semakin sukar didapatkan di pasaran. Jika ada pun kebanyakan daripadanya dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

BACA: Pemuda Raih RM40,000 Dalam Masa Dua Hari Dengan Jual Sanitizer ‘Online’

Menurut info daripada laman World Meter, setakat ini kes wabak koronavirus di dunia sudah mencecah 169,605 (157 negara dan 1 kapal persiaran) dengan angka kematian seramai 6,516. Daripada jumlah berkenaan, 77,770 sudah disahkan sembuh dan 5,921 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Itali mencatatkan kadar peningkatan paling mendadak dengan penambahan kes sebanyak 3,590 dan kematian seramai 368 orang.

Malaysia pula merupakan negara Asia Tenggara yang paling banyak mencatatkan kes manakala China masih lagi di tangga pertama dengan kes berdaftar sebanyak 80,860.

Mengambil langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar orang ramai menjaga kebersihan dengan selalu mencuci tangan dan mengelak daripada mengunjungi kawasan tumpuan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1861818637284677?__xts__%5B0%5D=68.ARCQOp1k4WdRuXqEaM7Ipshhj1YIEYC04CZNDa90CX-R96RsSkEHYGOEidN2jBYkf9ezyyKreVgB2lKlMHBs6Xrz-iS0oLAWP1Bm2kGf497We2cBdCP_Lw0A3ijUKFemUT0zaBogdIaL4_0fKgndBzGBQ6uqu8lZuc8thWV917QsbVEe9JU_1efANpKZ-4EcZciGgupCsW38UENR8LdDGrACPk6G-Q9hT1d03oPNCsgqNzQns3XJO78Z_dPdRvQSOPCTbw6hFD_tpuAYlvXcNwG3_rgeEYdqzmuB8cEC3vWUX7EEREWJ35Pix5hTHkt7wXGkpxrLiH5K5WK6cyW27wEIJeYq&__tn__=-R

Malah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memutuskan agar semua perhimpunan termasuklah mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April hadapan bagi mengurangkan kadar penyebaran jangkitan.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1860211704112037/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCBIfyTuCtaD2EIAPrl975k3djPi2Q4OizBxWX4x-tNF3TlxiM9XlMqUdBhoMkYRWOXJx7ZXtlEnSTxg63L4hzP2MwHloTSW7fXlXfT5S0M0t_0oB6d5AAQBD2eectuRXU2wxBfQF3gUzmuP5QRy9E6YdySIS07DEqu04N1IoHib5Qg4_aK46FjlM7lbo18rrDD00yr4rjS4egSg-bkTWXaeVFxiPSaiAwNpnyJ2xLrCdY4MzRHrG-bh15XMMv5UVV2JQKFmgs8afOy9-M8qB5dsuDQF3hZHXPJgQxKPvFCkmqT6Ln_whsICFMBaBEu2-MXkzHNTaEA8hOgXyh0MhsrK5oN&__tn__=-R