
Cubic Cats – Siri Animasi Kucing Pertama Tempatan Untuk Pencinta Si Bulu
Cubic Cats Siri Animasi Kucing Pertama Di Malaysia
Karya animasi tempatan yang dihasilkan kini bertaraf dunia dan kita boleh berbangga dengan pencapaian tersebut yang dihasilkan sendiri atas usaha penggiat seni animasi negara yang berbakat besar.
Sememangnya apabila diamati animasi tempatan masa kini, tidak nampak seperti dibuat di Malaysia kerana setaraf dengan teknologi dunia!
Jika animasi tempatan seperti Upin & Ipin, BoBoiBoy dan Ejen Ali amat dikenali seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memperkenalkan sebuah animasi ciptaan tempatan iaitu Cubic Cats The Series.
Cubic Cats The Series adalah sebuah siri animasi mengisahkan kehidupan harian Kak Ti dengan empat ekor kucingnya yang sangat comel dan nakal. Empat ekor kucing ini bernama Bubu, Chey Chey, Atati dan Juju.
Setiap episod akan mempamerkan tingkah laku atau ragam kucing Kak Ti yang mempunyai personaliti yang berbeza dan sering menyakat pemiliknya.

Siri ini merupakan animasi di bawah penerbitan Animatic Studio – studio kandungan kreatif yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam industri ini menjalin kerjasama dengan produk makanan kucing original dari Malaysia, PowerCat.
Tambah menarik, setiap idea Cubic Cats dihasilkan berdasarkan kisah benar pengalaman pencinta si bulu dan merupakan siri animasi kucing pertama di Malaysia.
Siri animasi kucing ini amatlah sesuai ditonton seisi keluarga terutama bagi golongan pencinta kucing kerana ada sahaja telatah lucu dari empat si bulu ini yang sangat mencuit hati.
Bagi anda yang pertama kali mengetahui tentang animasi ini, boleh menonton di saluran Youtube (jangan lupa melanggan sekali) dan membaca komik ringkas di laman sosial Instagram dan Facebook.
https://www.youtube.com/watch?v=7ctDN5-B2tU
Berikut adalah pautan Cubic Cats di media sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/cubiccatstheseries/
Instagram: https://www.instagram.com/cubic_cats/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCxQHsd3F7Pq6TafXbqGqQPw