Cubaan Netflix Ajak Orang Ramai Terjemah Tajuk Filem Dikritik 1

Cubaan Lawak Tak Menjadi, Netflix Dikecam ‘Direct Translate’ Tajuk Filem Inggeris Ke Bahasa Melayu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cubaan lawak tak menjadi, Netflix dikecam ajak orang ramai terjemah tajuk filem Inggeris ke Bahasa Melayu.

Semalam, platform penstriman dalam talian berbayar terbesar di dunia, Netflix mengumumkan penambahan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan mereka.

BACA:Β Filem Kandungan Dewasa Paling Banyak Dicari Oleh Rakyat Malaysia Di Netflix

Ini termasuklah sari kata, antara muka, sinopsis siri, alih suara dan antara muka pengguna. Bukan itu sahaja, tajuk filem dikatakan turut bakal ditukar dalam tawaran perkhidmatan ini.

Namun Netflix telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana tidak sensitif dalam satu ciapan bertarikh 24 Ogos apabila melakukan satu cubaan melawak.

Cubaan Netflix Ajak Orang Ramai Terjemah Tajuk Filem Dikritik

Menimbulkan kemarahan orang ramai kerana seakan-akan mempermainkan bahasa kebangsaan negara, Netflix dikecam teruk terutamanya daripada kalangan penterjemah dan pencinta bahasa.

Cubaan lawak tak menjadi ini tanpa sedar merupakan tindakan mempersendakan bahasa kebangsaan yang boleh menjadi punca bahasa kebangsaan menjadi satu bahan ketawa sedangkan kerja terjemahan secara hakikinya bukan sekadar mengalih maksud sahaja, tetapi juga memerlukan pengertian makna menyeluruh.

Saudari Mimi Mizisya yang bersuara mengenai isu ini telah melakukan teguran secara terbuka kepada kurator akaun Twitter Netflix Malaysia yang turut ‘mempersenda’ terjemahan kepada Jane Si Anak Dara seperti pelajaran Komsas tingkatan 4 yang membawa kepada pemahaman tajuk-tajuk komponen sastera pelajar sekolah adalah sesuatu yang kelakar.

https://www.facebook.com/raudhatunsaidah/posts/4885130211513089?__cft__[0]=AZUTZnuHhG3kQDVhMqDE86h6O28-4x0v7bTf447PSo8jMN2Ao4fzE5bUtj1abgFz8UICpeJVYU07epTtGKqHfvVl_bI57XqcGi5aV2Zv2VdREnJy7a00P6c-ujAdExESKW0&__tn__=%2CO%2CP-R

Seorang lagi yang merupakan pelanggan Netflix, Muhammad Lutfi Ishak telah membatalkan langganannya kerana kesal dengan sikap Netflix tersebut.

https://www.facebook.com/lutfi.ishak/posts/3536442676366361

Biarpun di ruangan komen, sudah ramai yang menegur mengenai isu ini, ciapan tersebut setakat ini masih ada dan tiada permohonan maaf dikeluarkan daripada pihak Netflix.