Sinki Penyewa Rumah

“Cuba Teka Apa Ada Dalam Sinki Tu..” – Pemilik Rumah Kongsi Kisah Penyewa Dari Neraka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang perunding hartanah, Hisyamuddin Kamarudin telah membuat satu hantaran di Facebooknya yang menceritakan tentang nasib malang sepasang pemilik rumah yang kerugian kira-kira RM20 ribu gara-gara sikap melampau penyewa rumah mereka.

Cerita tersebut yang dibenarkan untuk dikongsi oleh pasangan pemilik rumah itu sendiri merupakan sebuah kisah yang sangat tragis, memilukan dan memeranjatkan sehingga dia mengumpamakan penyewa rumah itu seperti dari neraka!

Ikuti perkongsiannya berikut yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran yang menginsafkan untuk setiap pemilik dan penyewa rumah di luar sana.

Sinki Penyewa Rumah

Alkisah PENYEWA DARI NERAKA.

Siang tadi aku pergi inspect satu rumah yang nak dijual dengan pihak owner. Sembang punya sembang, owner pun bukalah kisah penyewa mereka sebelum ni.

Nak dijadikan cerita, si penyewa ni tak bayar langsung duit sewa sepanjang PKP. Tunggakan hingga berbelas ribu. Atas belas ihsan owner yang tinggal jauh di luar negara, owner bagi duduk jugak, dengan syarat jaga elok-elok rumah tu. 😇

Nak dijadikan cerita lagi, paip air di rumah bocor dalam tanah. Penyewa ni buat tak tahu saja walaupun telah dipesan oleh owner, sebarang kerosakan tolong baiki dan kos owner akan tanggung. Dek kerana kebocoran paip tak dibaiki, bil air dah tertunggak sehingga RM9000 dan owner terpaksa tanggung bil air dan kos baiki kerosakan tersebut. 😰

Lagi nak dijadikan cerita, rupa-rupanya penyewa tu dah lama tak tinggal di situ, tetapi si suami jadikan rumah tersebut sebagai ‘ofis’ untuk buat kerja, hingga habis spray melekat di dinding rumah dikerjakannya. Apabila owner hubungi isteri penyewa, si isteri pun tak tahu yang selama ini kunci rumah belum diserahkan kepada owner dan suaminya masih guna rumah tersebut untuk buat kerja. 😤

Lebih tragis, dek kerana nak berbohong kepada owner, si penyewa buat cerita kata dia dah bercerai dengan isterinya. Lalu owner hantar voicemail ‘kisah cerai’ tersebut kepada si isteri; maka bergaduhlah laki bini sehingga bercerai berai.. 😵‍💫

Selesai cerita… Kami pun pergilah tengok rumah untuk ambil gambar rumah. Kebetulan ada pekerja yang diupah untuk cuci rumah tersebut yang dah berlapis-lapis habuk di lantai. Sampai di master bedroom, aku check tandasnya. Lalu owner berkata “cuba teka apa ada dalam sinki tu..” aku pun pi lah tengok. Ada beberapa botol air mineral berisi air berwarna kuning. Sambil membuat muka jijik aku meneka “air kencing???”. Ya, selamber owner jawab.

Katanya penyewa bagi alasan terpaksa kencing dalam botol sebab tiada air (paip bocor), dan penyewa tu kata itu bukannya najis.. 😨

Oh My GOD!!! Aku yang dengar pun membara di jiwa, inikan pula pasangan owner yang terpaksa menanggung kerugian hingga mencecah RM20k akibat penyewa yang tak berapa betul ni. Serius, owner yang jugak kawan aku ni betul-betul penyabar dan tabah orangnya. Semoga Allah mudahkan urusan kalian dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik…

Sekian, kali ni betul-betul dah habis cerita… Kisah ini dikongsi atas kebenaran pihak owner rumah.

P/s: Inilah kerja REN. 🤭

Din Hisyam
IW Properties
REN 53556

BACA: Macam Gedung Pembuangan Sampah, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bertemu Penyewa Dari Neraka

Sumber: Hisyamuddin Kamarudin