Ronaldo Cipta Rekod 1

Cristiano Ronaldo Tetap Cipta Rekod Walaupun Juventus Tewas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cristiano Ronaldo awal pagi tadi berjaya mencipta rekod sebagai pemain Juventus pertama yang menjaringkan gol dalam 10 perlawanan Serie A secara berturut walaupun Juventus tewas dalam saingan merebut gelaran bersama Hellas Verona.

BACA: Cristiano Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara Dalam Tempoh Terdekat

Beliau kini sudah berjaya mengumpul 20 gol dalam liga meledakkan gol selepas 65 minit perlawanan; jaringan ke-15 dalam 10 perlawanan semakin hampir dengan rekod 11 gol Serie A yang dilakukan oleh Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella.

Ronaldo Cipta Rekod

Juventus yang kini tiga mata di depan Inter Milan terpaksa berdepan kekalahan selepas barisan pertahanan mereka melakukan kesilapan dengan Fabio Borini menyamakan kedudukan buat Verona berbaki 15 minit sebelum penyerang veteran, Giampaolo Pazzini menjaringkan gol menerusi penalti empat minit sebelum tamat perlawanan disebabkan bola terkena tangan Leonardo Bonucci.

Ronaldo berjaya meledakkan jaringan beliau yang ke 700 semasa aksi menentang Ukraine di Kelayakan Euro 2020 melalui sepakan penalti.

Gol yang dijaringkan pada minit ke-72 ini menjadikan ia sebagai jaringan ke-95 di pentas antarabangsa buat Ronaldo dan melonjakkan nama beliau hampir sebaris dengan rekod lagenda Ali Daei yang berjaya menjaringkan gol sebanyak 819 gol.

Namun nama Ronaldo sudah boleh dikatakan sebaris dengan Josef Bican (805), Romario (772), Pele (767), Ferenc Puskan (746) dan Gerd Muller (735) dan dipisahkan dengan musuh tradisinya Lionel Messi hanya dengan 1 jaringan iaitu 699 gol.

Sumber: Berita Harian