Cristiano Ronaldo Kuarantin Bersama Keluarga Dengan Beli Sebuah Pulau

Ronaldo Kuarantin Dengan Beli Sebuah Pulau

Cristiano Ronaldo dikhabarkan kuarantin dirinya bersama keluarga dengan membeli sebuah pulau.

Bintang bola sepak yang berusia 35 tahun, Cristiano Ronaldo mengkuarantinkan dirinya selepas rakan sepasukannya iaitu Daniele Rugani didapati positif Covid-19 pada minggu lalu selepas Juventus menewaskan Inter Milan 2-0 dalam stadium tertutup.

Beliau kini dilaporkan sedang menjalani proses kuarantin di kediaman mewah menghadap Lautan Atlantik lengkap dengan kolam mandi terbuka. Dikhabarkan, beliau mengkuarantin diri di sebuah pulau yang dibelinya, menurut laporan media Lebanon.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi tentang Ronaldo membeli pulau tersebut. Meskipun begitu, tidak mustahil bagi bintang bola sepak yang mampu memberikan elaun RM432 ribu sebulan kepada tunangnya untuk membeli sebuah pulau demi keselamatannya.

Laporan media lain pula mengatakan, Ronaldo bersama tunangnya, Georgina Rodriguez dan anak-anaknya hanya kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira. Georgina berkongsi beberapa foto menarik ketika mereka mengurungkan diri daripada wabak koronavirus selepas terbang dengan jet peribadi ke pulau itu pada awal pagi Isnin lalu.

Ronaldo Kuarantin Dengan Beli Sebuah Pulau
Sumber: IG

Juventus mengesahkan semua yang terbabit kontak dengan Rugani menjalani proses isolasi termasuk Ronaldo yang tidak akan kembali ke Itali buat masa ini sehingga situasi mengizinkan.

Dalam pada itu, Ronaldo turut menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan sebagai pusat rawatan bagi virus yang boleh membawa maut itu.

Ronaldo Kuarantin Dengan Beli Sebuah Pulau

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya tampil menghulurkan bantuan dan dia sendiri bukan sekadar menggembar-gemburkannya saja tetapi turut membuktikan sikap murah hatinya juga.

Hotel milik Ronaldo ditutup dan dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti wabak COVID-19 dan bukan itu saja malah petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut dibayar elaun oleh Ronaldo.

Kerajaan Portugal yang teruja dengan kebaikan dan sifat murah hati Ronaldo turut menggesa selebriti lain supaya mengikut jejak langkah ikon bola sepak negara itu.

Statistik terkini WHO setakat pagi ini, kematian akibat jangkitan pandemik Covid-19 di Itali hampir mencecah 2,000.

Sumber: Suara