
Crackhouse: Kebangkitan Netizen – Stesen Radio Ini Tidak Setuju Dengan Tindakan Kerajaan
Ketika perasaan umat Islam di Malaysia terguris dan meluap-luap dengan rasa marah yang teramat sangat terhadap ‘lawak melampau’ Rizal van Geyzel, berlangsung satu ‘perbincangan ilmiah’ di sebuah stesen radio tempatan berkaitan isu penutupan Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
BACA: Lawak Rizal van Geyzel ‘Terlalu Melampau’ Untuk Rakyat Malaysia, Crackhouse Memang Wajar Ditutup!
Entah kenapa dan apa silapnya sehingga masih wujud golongan seperti ini di Malaysia yang sanggup mempersenda dan mempermainkan agama orang lain kononnya semata-mata untuk dijadikan sebagai hiburan lawak jenaka.
Stesen radio ini pula khabarnya seolah-olah menganggap perkara tersebut sebagai remeh dalam sebuah negara Islam yang harmoni dan berbilang kaum serta tindakan kerajaan untuk menutup Crackhouse Comedy Club itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Ahmad Farami, seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) telah menyuarakan pendapatnya dalam satu hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut.
Wajarkah Crackhouse ditutup? Apakah sebenarnya yang berselindung di sebalik gerakan komediri liberal ini? Kenapa isu ini tiba-tiba diungkitkan sedangkan Crackhouse sudah lama beroperasi tanpa sebarang masalah? Adakah ini tandanya pilihan raya umum sudah semakin hampir dan ada pihak tertentu yang mungkin mendapat manfaat darinya?
Fuh! Panas. Jom baca dan fahami isi yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian menarik dari Ahmad Farami ini:
Radio BFM bincang penutupan kelab komedi Crackhouse. Kesimpulan BFM, “government overreacted” (boleh dengar di podcast BFM). Jadi bagi BFM, kelab patut beroperasi seperti biasa.
Ini contoh kandungan BFM yang hampir kesemuanya political. Penyampai mereka opinionated, walaupun pendirian bercanggah dengan kepentingan majoriti.
Radio BFM satu contoh saluran advokasi liberalisme golongan kiri. Bagai satu jaringan, mereka saling menyokong. Komediri liberal adalah sebahagian jaringan ini. Wadah lain termasuk penerbitan yang cuba dekonstruksi (istilah mereka: reimagine, rebuild) sejarah dan identiti kebangsaan. Urban arts scene seperti galeri “seni” dan teater juga sebahagian gerakan ini.
Antara kaedah praktikal hadapi gerakan ini dan memelihara kepentingan majoriti:
- Tingkatkan kecelikan media. Kita perlu cakna ideologi, faham corak pemberitaan dan ulasan mereka. Sedar bias dan agenda projek kewartawanan mereka.
- Imbangi propaganda mereka menerusi media berhaluan kanan. Masalahnya, radio arus perdana tidak berminat ulas isu kompleks. Masih terikat dengan formula hiburan. Televisyen pentingkan rating. Cuma ada beberapa portal di media sosial mewakili suara golongan kanan. Portal seperti ini walaupun tidak sempurna, patut disokong.
- Imbangi dominasi mereka di arena urban arts. Teater, kelab komedi dan galeri seni mereka sasar kelas menengah. Seni membentuk sikap dan pemikiran. Selain seni untuk marhaen, dan jenis komedi “bermaharaja” di TV, golongan majoriti perlu hasilkan seni intelektual yang mendukung falsafah kebangsaan.
- Imbangi hingga tenggelam suara minoriti yang bingit. Suara penyokong kelab komedi contohnya, diperbesar (amplified) portal media liberal. Di FB, suara majoriti mungkin jelas dalam kes ini. Namun di portal berita, FB portal berita berbahasa Inggeris dan Twitter, berlaku sebaliknya. Dalam marketplace of ideas, pendapat yang selari dengan Rukun Negara, norma serta etika seharusnya lebih menonjol.
- Lapor kepada SKMM apabila kandungan seperti komediri mengutuk bangsa dimuatnaik. Komediri jenis ini ada yang sudah lama berlegar di media sosial tapi dibiarkan. Sudah tiba masanya golongan majoriti bertegas dan banteras ideologi ini.
- Kalau ada gagasan politik yang menjadi enabler atau diidamkan (sebagai Utopia) golongan ini, pastikan gagasan tersebut tidak mentadbir dan menentukan masa depan negara.
Sumber: Facebook Ahmad Farami
Trending now



