COVID-19: Tiga Pawagam Di Malaysia Tutup Buat Sementara Waktu

Pawagam Malaysia Tutup COVID-19

Sejurus selepas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkenaan langkah pencegahan penularan wabak koronavirus di Malaysia dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac ini, beberapa syarikat dan jenama terkenal turut mengumumkan beberapa berita penting mereka kepada pelanggan.

Ini termasuklah syarikat pawagam utama di Malaysia yang turut sama-sama membuat langkah drastik dengan mengumumkan penutupan sementara waktu operasi mereka seperti yang telah ditetapkan kerajaan.

Tiga syarikat yang terlibat ialah GSC Cinemas, TGV Cinemas dan MBO Cinemas yang mengumumkan berita itu menerusi lama sosial mereka.

Dalam perkongsian berkenaan, ketiga-tiga syarikat menyatakan kepada mereka yang sudah membeli tiket secara dalam talian sebelum ini akan dipulangkan dalam tempoh penutupan operasi.

Pawagam Malaysia Tutup COVID-19

Penutupan berkenan berkaitan dengan perkara 6 Perintah Kawalan Pergerakan iaitu penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau essential services.

Ikuti perkembangan syarikat pawagam dari semasa ke semasa di laman sosial mereka.