Topeng Mulut Dan Hidung Indonesia Harga Lebih Emas

Covid-19: Sekotak Penutup Mulut Dan Hidung Di Indonesia Dijual Lebih Mahal Dari Harga Emas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wabak koronavirus yang berlaku ketika ini mencemaskan penduduk seluruh dunia. Walaupun ada beberapa negara yang belum terkena wabak ini, rata-rata penduduk sudah mengambil langkah berjaga-jaga sehinggakan stok produk pencegahan seperti pembersih tangan (hand sanitizer) dan topeng hidung dan mulut kehabisan dan juga dijual lebih mahal.

Seperti di Indonesia, dilaporkan harga sekotak penutup mulut dan hidung jenis N95 3M di jual pada harga lebih dari segram emas. Menurut sumber Straits Times, untuk sekotak yang mengandungi 20 keping topeng itu dijual di Pasar Pramuka, pasar terbesar untuk jualan peralan farmaseutikal dan perubatan lain dengan harga kira-kira 1.5 juta rupiah (RM622.22).

Manakala harga bagi segram emas di Indonesia buat masa ini ialah 800,000 rupiah (RM241.72). Permintaan topeng mulut dan hidung di Indonesia meningkat tinggi meskipun tiada sebarang kes dicatatkan setakat ini walaupun penduduk negara itu mencecah 260 juta orang.

Topeng Mulut Dan Hidung Indonesia Harga Lebih Emas

Permintaan tinggi itu telah menyebabkan banyak farmasi di ibu negara kehabisan stok.

Harga bagi 50 keping atau sekotak topeng pembedahan tiga lapisan pula mencecah 275,000 rupiah (RM83.10) di mana biasanya ia dijual sekitar 30,000 rupiah (RM9.06) sekotak.

Susulan itu, Yayasan Pengguna Indonesia (YLKI) mengkritik kerajaan kerana tidak melakukan apa-apa tentang situasi tersebut selain menggesa Suruhanjaya Penyeliaan Persaingan Perniagaan (KPPU) untuk menyiasat perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan Indonesia meletakkan jumlah kes disyaki dijangkiti koronavirus sebanyak 62, namun 59 daripadanya negatif wabak tersebut.

BACA: Ketiadaan Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Cetus Persoalan Dunia

Sumber: Straits Times