
COVID-19: Prudential Bayar RM5,000 Sekaligus Kepada Pemegang Polisi Yang Disahkan Positif
Susulan daripada peningkatan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, PRUDENTIAL menyediakan perlindungan hospital dan rawatan kepada pemegang polisi dan sijil mereka.
BACA: Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja Sepanjang Musim COVID-19
Bagi membantu menangani kesan COVID-19, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah memanjangkan kempen Perlindungan Khas Novel Koronavirus COVID-19 (Special Novel Coronavirus Coverage) bermula dari 29 Februari hingga 30 April 2020.
Semua pemegang polisi, sijil individu Jaminan Hayat dan Orang yang Dilindungi termasuk ahli polisi dan sijil Berkumpulan (contoh: polisi/sijil MRTA/MRTT).
Bayaran sekaligus sebanyak RM5,000 kepada setiap orang yang didiagnosis dengan jangkitan COVID-19 oleh hospital yang dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh kelayakan.
Untuk maklumat lanjut, pemegang polisi boleh rujuk laman web PRUDENTIAL atau pun berhubung dengan mana-mana agen PRUDENTIAL dan pihak khidmat pelanggan di talian:
Prudential Assurance Malaysia Berhad
03-2116 0228 | [email protected]
Prudential BSN Takaful Berhad
03-2053 7188 | [email protected]
Bukan Prudential sahaja, malah semua pengendali insurans hayat dan takaful turut sama tampil dengan kempen ini.
“Pemegang polisi dan sijil dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat insurans dan pengendali takaful mereka untuk faedah dan terma serta syarat polisi insurans kesihatan dan sijil takaful mereka.”
– Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Mark O’Dell
Antara ahli LIAM yang lain ialah:
- AIA Bhd,
- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd,
- AmMetLife Insurance Bhd,
- AXA AFFIN Life Insurance Bhd,
- Etiqa Life Insurance Bhd,
- Gibraltar BSN Life Bhd,
- Great Eastern Life Assurance (M) Bhd,
- Hannover Rueck SE, Malaysian Branch,
- Hong Leong Assurance Bhd,
- Manulife Insurance Bhd,
- Malaysian Life Reinsurance Group Bhd,
- MCIS Insurance Bhd,
- Prudential Assurance Malaysia Bhd,
- Sun Life Malaysia Assurance Bhd,
- Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, dan
- Zurich Life Insurance Malaysia Bhd.