COVID-19 Buatkan Manusia Berkurung, Haiwan Pula Bebas Di Jalanan

Haiwan Berkeliaran COVID-19

Sejak penularan COVID-19, haiwan-haiwan dilihat makin bebas.

Kebanyakan situasi negara di seluruh dunia kini sedang menjalani perintah berkurung dan sekatan pergerakan, hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan berlegar di luar rumah.

Pandemik COVID-19 yang berlaku ketika ini telah mengubah beberapa perkara normal bagi manusia. Beberapa berita global melaporkan haiwan-haiwan liar kini berani berkeliaran di jalanan mahupun kawasan perumahan sejak manusia mengkuarantinkan diri di dalam kediaman masing-masing bagi mengekang penularan penyakit berjangkit ini.

Sekumpulan haiwan seperti rusa, kambing, monyet bahkan puma memunculkan diri mereka di bandar yang sepatutnya dipenuhi manusia. Haiwan-haiwan ini mula berkeliaran mencari makanan di samping merasa kebebasan daripada musuh (manusia).

Jika sekumpulan rusa meragut rumput di kawasan hutan, jauh daripada pandangan manusia, sekarang ini mereka melakukan rutin yang sama tetapi di hadapan sebuah taman perumahan di Harold Hill, London.

Haiwan Berkeliaran COVID-19

Sejak ketiadaan pelancong di Nara Park, Jepun, rusa di sana mula berkeliaran di sekitar bandar hingga ke stesen kereta api untuk mencari makanan.

Haiwan Berkeliaran COVID-19

Penduduk di Santiago, Chile agak terkejut apabila seekor Puma berkeliaran di kawasan perumahan. Kemungkinan Puma itu keluar dari pergunungan berdekatan untuk mencari makanan.

Haiwan Berkeliaran COVID-19

Bukanlah perkara luar biasa melihat monyet di jalanan sekitar Thailand, tetapi sejak penduduk mula kuarantin di rumah, semakin banyak yang berkeliaran. Monyet-monyet ini bebas berkeliaran di jalanan sambil ‘berebut’ mencari makanan.

Bagaimana nasib haiwan di zoo?

Umum mengetahui sejak penularan wabak COVID-19 ini, banyak sektor pelancongan ditutup kepada orang awam termasuklah zoo.

Seperti zoo di Malaysia, haiwan-haiwan ini masih dijaga dan diberi makan dengan baik memandangkan telah mendapat pelbagai sumbangan daripada orang awam dan NGO.

Sementara di Singapura, pihak zoo memberi peluang kepada beberapa spesis haiwan di sana untuk bebas berkeliaran. Penguin-penguin diberi peluang keluar daripada kurungan mereka 2-3 kali seminggu, dan dibenarkan bermain di sekitar zoo dan taman permainan tanpa ada sebarang gangguan.

Haiwan Berkeliaran COVID-19

Ia secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman dan suasana baru kepada spesis yang semakin terancam itu.

Sama juga seperti puluhan ekor gajah di Maesa Elephant Camp, Chiang Mai, Thailand, yang dahulunya cukup terkenal dengan aktiviti tunggang gajah dalam kalangan pelancong kini dibebaskan.

Haiwan Berkeliaran COVID-19

Pengarah kem, Anchalee Kalampichit memutuskan untuk mengeluarkan kerusi kayu dan logam besar yang diikat belakang gajah setiap hari selama ini selepas 44 tahun beroperasi.

Walaupun ekonomi dunia semakin merosot disebabkan pandemik COVID-19, pada perspektif lain ia memberi kegembiraan kepada kehidupan lain yang sama menghirup udara di muka bumi ini.

Sumber: BBC