
COVID-19 Belum Habis, Muncul Pula Norovirus Dengan Sifat Hampir Sama
Belum lagi selesai isu COVID-19, muncul pula satu lagi virus baharu yang dikenali sebagai Norovirus di China. Ya, lokasi yang sama virus COVID-19 dikesan.
Sejak mula dikesan akhir tahun lepas, wabak pandemik COVID-19 masih lagi belum reda dan semakin menular dalam kalangan masyarakat dunia.
BACA: Kaedah Pencegahan KKM Tangani Pandemik COVID-19 Selari Dengan Cara Tokoh Perubatan Ibnu Sina
Setakat pagi ini, kes yang dicatatkan dunia sudah pun melepasi 38.36 juta dengan korban sebanyak 1.09 juta dan bilangan sembuh seramai 28.85 juta.
Mahasiswa China positif COVID-19
Virus yang mula menyerang lebih 70 orang mahasiswa di sebuah universiti di daerah Taiyuan, Shanxi, China telah dikesan mengalami cirit birit dan muntah-muntah sejak minggu lalu.
Sampel yang telah diambil daripada 28 mahasiswa yang mengalami simptom tersebut menunjukkan seramai 11 daripadanya disahkan positif.

Susulan itu usaha sanitasi telah dijalankan di seluruh kawasan kampus termasuklah asrama, kelas, kafeteria dan kawasan awam selain daripada pematauan rapat dilakukan pada semua staf dan pelajar.
Apa Itu Norovirus
Hampir menyerupai COVID-19, Norovirus yang muncul pula di saat pandemik COVID-19 belum berakhir merupakan satu virus yang sangat cepat menular dan menyebabkan pesakitnya mengalami gejala muntah dan cirit birit.
Boleh menjangkiti semua peringkat umur, pesakit yang dijangkiti boleh menghasilkan berbilion zarah norovirus dan hanya sebilangan zarah yang boleh menyebabkan jangkitan kesakitan.
Jangkitan Norovirus
Norovirus boleh dijangkiti dengan 3 cara:
- Melakukan hubungan langsung (direct contact) dengan pesakit
- Makan makanan atau air yang tercemar
- Menyentuh permukaan yang tercemar dan menyentuh kawasan mulut tanpa mencucinya.
Simptom Norovirus
- cirit birit
- muntah
- loya
- sakit perut
- demam
- sakit kepala
- sakit sendi badan
Norovirus boleh menyebabkan radang perut atau usus. Individu yang dijangkiti akan mengalmi gejala antara 12 hingga 48 jam selepas terdedah dan sebilangan besar yang dijangkiti akan sembuh dalam masa satu hingga tiga hari.
Simptom-simptom yang dialami menyebabkan berlakunya dehidrasi terutamanya pada kanak-kanak, warga emas dan orang-orang yang menghidap penyakit lain.
Setakat ini, Norovirus masih lagi belum menemui penawar.
Keluarga Norovirus
Norovirus tergolong dalam keluarg Caliciviridae – kumpulan virus RNA single-stranded yang menyebabkan radang perut atau usus.
Sebelum ini disebut sebagai virus Norwalk, virus ini pernah menyebabkan jangkitan wabk gastroenteristis di sebuah sekolah di Norwalk, Ohio pada tahun 1968.
Selepas dikemas kini pada tahun 2019, berikut adalah klasifikasi Norovirus.
- Norovirus kini tergolong menjadi 10 genogrup (GI-GX) dan 48 genotip.
- Beberapa genotip diklasifikasikan semula. Contohnya GII .15 menjadi GIX genogroup baru.
- Penamaan untuk jenis ‘orphan’ P dikemaskini ke sistem penomboran contohnya GII.Pe dinamakan semula sebagai GII.P31.
- Dual-typing nomenclature (genotip dan jenis-P) dicadangkan – genotip dilaporkan terlebih dahulu sebelum diikuti jenis P dalam tanda kurungan. Contohnya GI.1[P1]
Cara Pencegahan Norovirus
- kerap cuci tangan dengan sabun atau pembasmi cecair
- cuci buah-buahan dan sayuran dengan teliti sebelum makan
- sanitasi kawasan selepas muntah atau cirit birit dengan menggunakan air panas, sabun dan peluntur.