
COVID-19: Ahli Perniagaan AS Fail Saman Kepada China, Tuntut Ganti Rugi Bilion USD
Satu kumpulan ahli perniagaan Amerika Syarikat telah memfailkan saman kepada kerajaan China atas dakwaan China tidak jujur dengan menyembunyikan fakta berkaitan dengan COVID-19 sehingga menyebabkan ianya merebak ke seluruh dunia.
Saman yang menuntut ganti rugi berbilion US Dollar untuk 32 juta perniagaan yang hilang pendapatan dan keuntungan berikutan daripada penularan wabak COVID-19 tersebut di seluruh dunia.
Dalam tuntutan berkenaan, kesemua ahli perniagaan Amerika Syarikat mendakwa bahawa kerajaan China sepatutnya berkongsi lebih banyak maklumat mengenai virus COVID-19 supaya penyebarannya dapat dikawal dan diputuskan rangkaiannya daripada merebak ke seluruh dunia.
BACA: Akui Rahsiakan Tentang Koronavirus Sebelum Menular, Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan
Kerajaan China juga didakwa menghapuskan bukti yang mana sepatutnya penularan berkenaan boleh dihentikan di Wuhan sahaja tanpa melibatkan mana-mana negara lain.
Robert Eglet merupakan peguam yang mewakili kesemua ahli perniagaan berkenaan mempunyai reputasi tinggi selepas berjaya mendapatkan tuntutan saman USD800 juta sebagai ganti rugi penyelesaian untuk 2,500 orang ke atas sebuah casino di Las Vegas.

Untuk data hari ini, Amerika Syarikat telah mendahului China dalam catatan kes COVID-19 dengan jumlah kes masing-masing sebanyak 85,594 dan 81,340.
BACA: Amerika Syarikat Atasi China, Catat Kes Tertinggi Dunia Positif COVID-19
Sudah merebak ke 199 buah negara dan satu kapal persiaran Jepun, kes coVID-19 yang sudah tercatat adalah sebanyak 532,263 dengan jumlah kematian seramai 24,090 orang dan jumlah sembuh sebanyak 124,349. Daripada jumlah itu, sebanyak 19,635 kes berada dalam keadaan kritikal.
Di Malaysia sendiri sudah mencatatkan 2,031 kes keseluruhan, dengan jumlah kematian seramai 24 orang, 215 kes sembuh dan 45 daripada 1,792 kes aktif berada dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, China pernah dengan angkuhnya mengatakan bahawa tiada kuasa yang boleh menyekat kemajuan, dan kehebatan China. Namun China ‘termakan’ kata-kata sendiri apabila ekonomi mereka merudum jatuh apabila wabak COVID-19 yang bermula dari pasar mentah basah Wuhan telah merebak ke seluruh dunia.
Sumber: US News