
Coretan Lelaki Ini Tentang Sisi Gelap Industri Takaful Dan Insurans Buat Ramai Buka Mata
Sering kita dengar kerjaya sebagai ejen takaful atau insurans indah belaka apabila melihat mereka kerap menayang gambar mereka berbelanja mewah, melancong dan boleh memiliki kereta mewah.
Namun, di sebalik perkongsian kebahagian yang sering dipotretkan itu, sebenarnya tersembunyi sisi gelap yang jarang dipaparkan.
Seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Ooi berkongsi menceritakan tentang sisi gelap dan risiko kerjaya dalam industri takaful dan sewaktu dengannya. Mari kita baca perkongsian beliau di bawah.
Adalah normal ketua takaful atau insurans ‘cucuk’ suruh buat full time. Maknanya berhenti kerja sedia ada dan buat full time. Di kondisi minda kita bahawa kerja ini adalah path of financial freedom dan be your own boss.
Saya nak bagi tahu, tak payah percaya sangat cakap ketua itu. Dia bukan ikhlas pun ( hmm…nampak buruk sangka kan?), dia ada overiding. Dia nak lagi ramai ikut dia full time, supaya lagi banyak overiding dia.
Ketua akan beri harapan kebebasan masa, melancong percuma, perniagaan boleh diwarisi dengan mudah, boleh pakai kereta besar (Jangan tak tau leader pun ada yang tercungap-cungap bayar installment kereta. Tutup roadtax expired dengan flyer, takut anak buah nampak).
Saya cuma nak ajak ejen atau bakal ejen, agar jangan terburu-buru berhenti kerja yang ada income yang stabil. Kalau ada wang reserve gaji bersamaan 2 tahun atau lebih, kalau tiba-tiba income tiada pun masih mampu bertahan (tanpa berpeluh sejuk), boleh la cuba buat full time.
Ejen baru, pada peringkat awal adalah normal dia punya momentum agak tinggi kerana masih ada circle of friends dan family untuk bantu dia. Maka, syiok la submit cases. Kalau pool of friends sudah habis, masa itu barulah cabaran sebenar bermula.
Dalam ejen kontrak, anda hanyalah ejen atau wakil. Sekadar itu sahaja. Bukannya pekerja. Jika anda tak memenuhi keperluan persistency 85% dan lain-lain keperluan syarikat dan BNM, syarikat berhak menamatkan anda tanpa perlu bagi apa-apa penjelasan atau pampasan. Jika anda ditamatkan, dan nak bermula balik. Anda akan bermula dengan pendapatan KOSONG balik.
Syarikat akan utamakan ketua berbanding ejen, walaupun ejen bersusah payah dengan pelbagai masalah menggunung. Ini bukan masalah mereka. Masing-masing jaga periuk nasi sendiri sahaja. Ketua boleh tugaskan ejen lain ambil alih semua pelanggan lama anda. Mereka tak mahu simpan ejen yang tiada prestasi atau persistency rendah. Virus katanya.
Mungkin ada pernah tengok kawan-kawan nampak berjaya dalam bidang ini, kadang-kadang mereka hanya malu mengaku masalah yang dihadapi. Ya la, dulu cerita pasal own boss, kereta besar, kebebasan, tiba-tiba sekarang ada masalah. Siapa nak mengaku kan? Ini realiti. Bukannya menghina.
Adakah saya dengki kawan-kawan join tafakul ? Nak perjatuh semangat ? Tak, saya sekadar nak gunakan bahasa terus terang, agar kawan-kawan nampak sisi gelap dan risiko ‘karier’ ini.
Kawan-kawan nak cerita di ruangan komen, boleh la. Cuma saya rasa elok saya share pandangan ini, mudah-mudahan ada kebaikan. Insya Allah.
Disclaimer: Saya tak la kata semua ketua macam tu. Memang ada yang baik sungguh, rezeki masing-masing la.
Muhammda Ooi juga ada memuat naik hantaran mengenai cara syarikat menjaga persistency yang ramai tak tahu. Boleh baca di pautan INI.
BACA: Takaful Sebenarnya Tidak Buat Anda Kaya
Baru je confirmkan cerita ni dengan FAR lain. Memang benda ni berlaku. Kesian betul abam engineer TM ni.
Jangan ikut kata-kata leader yang boleh datang mudarat kepada diri korang. 🤲
Semoga dipermudahkan semua yang buat Takaful. Part time or Full Time. pic.twitter.com/MYojE92TDR
— Nizam 🏴 (@nizamiks) March 6, 2022
Trending now



