
‘Cordless Iron’ Mudahkan Kerja Menggosok, Ini 5 Pilihan Terbaik Untuk Bajet Mesra Poket
Kerja-kerja menggosok merupakan salah satu kerja rumah yang termasuk dalam kalangan wajib dilakukan terutamanya buat ibu-ibu yang mempunyai anak yang bersekolah.
Di pasaran, lambakan tawaran seterika menyebabkan ramai yang masih mencari yang mana satu sesuai dan dalam masa yang sama memudahkan kerja menggosok.
Untuk anda yang masih tertanya-tanya, di sini kami senaraikan beberapa seterika yang boleh anda pertimbangkan.
Yang penting bebas wayar dan harganya kena dengan bajet yang anda ada.
Untuk anda yang hanya menggunakan seterika untuk kegunaan ringan-ringan, bolehlah beli empat jenis di bawah ini.
1. Sokany Portable Steamer Iron (RM60.90)
– Penggunaan kuasa: 2400W
– Voltan: 220-240V / 50Hz
– Kapasiti tangki air: 360ml
2. Panasonic Cordless Dry Iron (RM84.90)
– Bekalan kuasa: 1000 W
– Voltan: 240
3. REDBUZZ Steam Iron (RM89.90)
– Kuasa: 2400W
– Kelajuan: 5 kelajuan
4. ProCordless Steam Iron (RM130)
– Kuasa: 2200W
– Kelajuan: 5 kelajuan
5. Panasonic Cordless Iron (RM310)
Untuk kegunaan berat, seterika Panasonic Cordless Steam Iron antara seterika terbaik yang boleh anda pilih.
Sangat sesuai untuk kegunaan ibu-ibu yang memiliki anak-anak bersekolah, ianya memudahkan kerja-kerja menggosok dan mengurangkan risiko terbakar.
Trending now



