Sabah Sarawak Tak Balik Kampung

Contohi Pelajar Sabah, Sarawak Tak Ambil Risiko Pulang Ke Kampung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, masih ramai rupanya yang ingkar dan mengambil mudah dengan arahan berkenaan, termasuklah keluar bersiar-siar di ibu negara.

Namun, bukan semua bersifat begitu seperti para pelajar dari Sabah dan Sarawak, mereka sanggup tidak mengambil risiko pulang ke kampung halaman. Mereka membuat keputusan untuk terus berada di Semenanjung.

Ada antara mereka yang tidak pulang kerana tidak mampu memberi tiket penerbangan yang mahal, sementara yang lain tidak mahu ambil risiko virus menjangkiti keluarga. Ini semua apabila mempunyai kesedaran yang tinggi dan kita semua tidak pasti apa akan terjadi pada masa depan.

“Sarawak bukan dekat, dengan situasi semasa semua orang ingin berada dekat dengan keluarga. Ibu saya juga bimbang, namum kita hanya mampu berdoa supaya kita semua selamat dan keadaan akan bertambah baik,” kata pelajar perakauan di sebuah universiti di Selangor.

Walaupun perasaan ingin pulang begitu tinggi sementara kelas dibekukan bagi memerangi wabak COVID-19 yang melanda di negara ini, tetapi dia tidak berbuat demikian kerana bimbang dijangkiti virus dan menyebarkannya.

“Ia keputusan yang sukar kerana hanya saya tinggal jauh dari kampung halaman, tapi saya tak mahu risikokan diri dan keluarga.”

Selain perintah kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin, Sabah dan Sarawak juga melaksanakan langkah-langkah tersendiri.

Sarawak mengenakan perintah duduk di rumah selama 2 minggu ke atas semua pihak yang masuk ke negeri itu sementara Sabah menghalang kemasukan penduduk dari luar Sabah.

Pelajar terbabit memberitahu sukar untuk mendapatkan bekalan memandangkan banyak kedai runcit ditutup awal memandangkan dia menyewa di luar kampus.

Sabah Sarawak Tak Balik Kampung
Sumber: Says

Sementara itu, seorang pelajar dari Sabah juga turut mengambil keputusan tidak pulang ke kampung selepas pelaksanaan perintah berkenaan. Ibunya juga menasihati untuk tidak pulang ke kampung sementara tiket penerbangan terlalu mahal ketika ini.

Sehingga semalam, Sarawak mencatatkan 50 sementara Sabah 103 kes positif COVID-19.

Malam hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak polis telah membuat sekatan jalan raya dan akan berterusan sepanjang perintah kawalan tersebut. Didapati, jumlah kenderaan keluar masuk ibu kota masih bertambah kira-kira 11 malam tadi.

Sumber: FMT