
Contoh-Contoh Binaan Haram Rumah Flat Yang Tidak Terkawal Pada Hari Ini
Beberapa kes ubah suai binaan rumah flat yang melampau serta tidak mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah banyak didedahkan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Mungkinkah masih ramai yang tidak tahu (atau buat-buat tidak tahu) mengenai kelulusan yang diperlukan ini lalu dengan selamba ‘renovate’ rumah mereka sesuka hati?
Seorang arkitek, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli dari Sabirin Rosli Architect yang juga merupakan seorang pereka hiasan dalaman di Deco Guru telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi memberi sedikit penjelasan kepada orang ramai mengenai isu ini.
Dalam hantarannya berikut, dikongsikan beberapa ilustrasi contoh binaan haram rumah-rumah flat yang tidak mendapat kebenaran PBT pada hari ini dan berisiko untuk menerima amaran atau tindakan dirobohkan pada bila-bila masa.
Syabas diucapkan kepadanya kerana mengambil inisiatif dalam menjalankan tanggung jawab sosial untuk kepentingan bersama!
Semoga perkongsian darinya ini dapat dijadikan panduan dan peringatan buat semua.
CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT
Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal buat tambahan macam duduk corner lot. Saya yakin yang PBT kalau boleh tak naklah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.
Oklah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahajalah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat di atas tanah bukan bahagian kita? Common sense.
Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.
Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least Management Body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Anda ada dalam list ni tak? Haha.
Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Hidup Wangsa Maju!
Sumber: Facebook Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli