Colonel Sanders KFC

Colonel Sanders KFC Rugi Besar Di Akhir Hayatnya – Kesilapan Yang Semua ‘Founder’ Patut Elakkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa tak kenal Colonel Sanders? Kalau makan ayam goreng KFC mesti nampak muka pak cik ni dulu sebelum sempat menikmati hidangannya yang dimasak menggunakan ramuan 11 herba dan rempah rahsia yang sedap sehingga menjilat jari.

Colonel Harland David Sanders (9 September 1890 – 16 Disember 1980) merupakan ‘founder’ atau pengasas Kentucky Fried Chicken yang kini lebih dikenali dengan singkatan KFC.

Ramai sifu bisnes menjadikan kisah pak cik ini sebagai motivasi serta teladan dalam menceburi dan mengharungi dunia perniagaan.

Tapi sebenarnya, terdapat satu kisah sedih di akhir hayat Colonel Sanders yang jarang dikongsikan seperti yang diceritakan oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di Facebooknya ini.

Semoga kesilapan besar yang dilakukan oleh Colonel Sanders tersebut dapat dijadikan pengajaran untuk semua ‘founder’ produk di Malaysia.

Colonel Sanders KFC

KISAH SEDIH KFC YANG JARANG ORANG TAHU

Apa agak-agaknya kisah KFC yang berlegar di dunia internet yang menjadi bahan motivator/sifu bisnes cerita? Saya rasa ada 2 kan tapi sebenarnya ada kisah yang lagi sedih!

1) Keep trying

Saya rasa ini cerita yang popularlah. Pak cik Colonel, pengasas resepi KFC menjual resepi KFC untuk dijadikan franchise dan menerima rejection demi rejection. Last yang ke-1009 baru ada yang nak dan sekarang KFC dah berada di serata dunia.

2) Jangan takut bermula lewat

Ini pun cerita menarik juga sebab Colonel Sanders berusia 73 tahun semasa dijual franchise KFC dia. Jadi cerita ni ramai orang jaja, tak mengapa usia lewat pun nak start bisnes, KFC pun bermula lewat. Katanyalah…

Saya tak jumpa cerita yang resepi KFC ni direject beribu kali, tapi tak mengapalah kita assume itu betul.

Cuma yang bermula lewat tu actually salah, Colonel Sanders ni bermula sangat awal. Dia lahir 1890 dan dilahirkan miskin. Sangat miskin. Jadi usia kecil seawal 7 tahun lagi dia dah struggle. Pelbagai dia buat untuk cari rezeki adik-beradik dia yang lain (anak sulung).

So, dia tak bermula lewat, bermula sangat awal, even lagi awal lagi kita. Umur 40 dia beli franchise minyak Shell, tapi jualan tak padu, so dia buka mini cafe jual pelbagai menu termasuk ayam goreng, dari 4 seat hinggalah kepada 146 seat sangat besar dan end up dia beli untuk dijadikan 1st KFC.

Cerita sedih yang sebenar

Kalau tanya saya, cerita sedih yang sebenar adalah walaupun dia pengasas KFC, tapi net worth semasa dia meninggal hanya 3.5 juta. Take note masa dia meninggal tu jualan KFC dah cecah 2 billion!

Kenapa jadi macam ni?

Ketika KFC sedang pesat berkembang, masa usia dia 73 tahun dia jual pegangan KFC dengan harga hanya 2 juta. Syarat tambahan dia still “makan gaji” dan menjadi quality controller.

Inilah silap paling besar. Kalau dia tak jual semua dan pegang at least 1-2% sekalipun nilai net worth dia sekarang pasti cecah billion!

Pengajaranlah kepada kita semua, jangan jual semua pegangan company, peganglah sikit pegangan tu mana tahu company kita buat ni jadi besar.

KFC sekarang restaurant chain kedua terbesar dunia selepas McDonald’s. Memang tersangat besar tapi sayang founder tak kaut kekayaan sekaya dengan companynya.

Cuma tanya saya, ada value yang lagi tinggi dari duitlah. Maybe itu yang Colonel Sanders dapat. Orang kenal dia hingga sekarang walaupun dia dah meninggal tiada.

Thank you pak cik Colonel!

BACA: Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi…

Sumber: Facebook Faridzul Asyraf Mat Arifin