
“Cinta Tak Direstui Sarawak” – Tular Kisah ‘Love Lock’ Dipotong Pihak Berkuasa Elak Vandalisme
“Cinta Tak Direstui Sarawak” – Tular Kisah ‘Love Lock’ Dipotong Pihak Berkuasa Elak Vandalisme.
Mangga cinta atau love lock telah wujud sejak beberapa tahun belakangan ini yang mana ia menjadi antara tarikan pelancongan negara.
Antara lokasi popular yang menjadi lokasi love lock ialah jambatan di Pont des Arts Bridge di Paris, pokok tiruan di N Seoul Tower di Seoul, Gunung Huang, China dan Bukit Bendera di Pulau Pinang.
Lorong love lock disediakan untuk pengunjung mengabadikan kata-kata cinta dan kasih sayang bersama kekasih dalam tulisan dan kemudian kunci dengan mangga sebagai pengabadian kasih sepanjang musim.
Bagaimanapun, lain pula halnya yang berlaku baru-baru ini mengenai satu love lock yang diletakkan di Jambatan Gantung Satok, Sarawak.
Mangga kunci yang tertera nama pasangan kekasih bernama Puteri dan Atyl itu dipercayai satu-satunya mangga kunci di jambatan itu disedari selepas ia memancarkan kilauan apabila dilihat dari jauh.

Ia kemudian telah dipotong pihak berkuasa di sana kerana dianggap sebagai satu bentuk vandalisme serta mengelakkan menjadi trend selepas ini. Malah, ia juga dipercayai boleh mengganggu struktur jambatan itu.
@tvstvmy Cinta terlarang Jambatan Gantung Satok, Kuching dileraikan 🔓💔 #BeritaDiTikTok
Insiden ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana menyokong tindakan pihak berkuasa dan ada juga yang berpendapat bahawa ia merupakan idea bernas untuk meningkatkan pelancongan di sekitar jambatan itu seperti jambatan cinta yang popular di luar negara.
“Selamat jalan Puteri dan Atyl, netizen tidak merestui hubungan anda berdua.”
“Jambatan gantung Sarawak harta warisan peribumi dimana setiap orang Sarawak harus mengekalkan warisan serta adat tradisi dan imej.
“Jangan mudah terikut budaya orang luar, bagus juga budaya kita.”
Jambatan Gantung Satok yang merentangi Sungai Sarawak ini merupakan replika dan dibina semula bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh selepas 81 tahun kukuh akibat kabel utamanya putus pada 2004.

Jambatan ini pernah ditutup kepada laluan orang ramai pada tahun 1992 kerana strukturnya utamanya iaitu kabel yang semakin usang dikhuatiri mengundang musibah.
BACA: Sengaja Direka Bulat, Ini Sejarah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata Untuk Pelancongan
Sumber: Facebook