CIMB

CIMB Disaman RM650 Juta, Pemegang Akaun Dedah Rupanya Ada Banyak Lagi Masalah Dengan Bank Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Telah menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini mengenai bank CIMB yang disaman beramai-ramai oleh pelanggannya sendiri atas kesilapan Sistem Pemprosesan Pindahan Pihak Ketiga bank tersebut.

Ramai yang turut tampil mendedahkan betapa kecewanya mereka menjadi pelanggan CIMB selama ini termasuk anak-anak muda di Malaysia yang memiliki ‘bisnes juta-juta’ yang dikhabarkan sudah mula memindahkan wang dalam Akaun Semasa syarikat mereka dari akaun CIMB.

Hinggakan pegawai-pegawai kerajaan yang sudah sekian lama menjadi pelanggan CIMB juga didapati sudah mula memindahkan kemasukan gaji mereka dari akaun CIMB ke akaun bank yang lain.

Kesilapan dan kelemahan CIMB ini telah dikupas satu per satu dan dijelaskan secara panjang lebar oleh Karya Kayra melalui laman Facebooknya berikut.

Hantarannya ini turut menyentuh mengenai insurans CIMB “yang tidak perlu” untuk melindungi wang pelanggan dari Sun Life Malaysia dan penindasan CIMB terhadap rakyat marhaen yang disifatkannya sebagai begitu biadab.

Apa sebenarnya yang terjadi dengan CIMB? Jom baca perkongsian yang menarik dari Karya Kayra ini.

CIMB

CIMB disaman RM650 juta atas kesilapan bank CIMB dalam sistem pemprosesan Pihak Ketiga oleh CIMB

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai staf CIMB yang GALAK menjual insurans Sun Life “yang tidak perlu” untuk lindungi wang pelanggan dalam Akaun Simpanan dan Akaun Semasa pelanggan CIMB. Tak bagi pelanggan keluar dari bank CIMB selagi pelanggan tak sign borang terima insurans Sun Life lindungi wang pelanggan dalam akaun bank CIMB yang sudah dilindungi PIDM. (Aduan Rasmi sudah dibuat kepada CIMB HQ).

Saya juga pernah menulis mengenai PIDM Jaminan Wang sehingga RM 250 ribu oleh Kerajaan Malaysia sekiranya bank bankrap.

PIDM ibarat insurans yang lindungi wang anda di dalam akaun, jadi anda tidak perlu lagi membayar RM150 setiap bulan untuk insurans Sun Life yang dijual secara berleluasa oleh staf CIMB “di dalam” bank CIMB, supaya staf-staf bank CIMB itu mendapat (pendapatan sampingan) KOMISYEN dari Sun Life Insurans melalui Auto-Deduct Pemprosesan Pihak Ketiga bayaran kepada Syarikat Sun Life Insurans jika wang simpanan anda di CIMB kurang dari RM250 ribu.

Jangan bazirkan wang RM150 sebulan membayar “insurans Sun Life yang tidak perlu” untuk cover wang anda di CIMB kerana wang anda yang kurang dari nilai RM250 ribu itu sudah ada PIDM Jaminan Kerajaan. Apatah lagi jika wang anda masuk keluar akaun CIMB tanpa baki simpanan. Jangan bazirkan RM150 sebulan. Banyak yang anda boleh beli dengan RM150 itu untuk anak-anak anda.

Sebagai contoh..

1) Wang anda dalam akaun CIMB ada RM20 juta.

2) CIMB bankrap.

3) Kerajaan Malaysia akan gantikan wang anda yang hilang sehingga amaun RM 250 ribu sahaja. Balance yang hilang itu kekal hilang. Ini maksud PIDM Jaminan Kerajaan.

Anak-anak muda Malaysia yang ada bisnes juta-juta ringgit sudah mula memindahkan wang dalam Akaun Semasa syarikat mereka di CIMB ke bank-bank lain sebaik berita mengenai kesilapan CIMB ini diketahui umum.

Siapa mahu kerugian melebihi RM750 ribu seandainya CIMB bankrap jika Kerajaan Malaysia hanya menjamin pengembalian wang sebanyak RM250 ribu?

CIMB masih belum mengumumkan mana-mana Pegawai Tertinggi yang dibuang kerja atas kesilapan terbesar CIMB ini.

Sebaliknya dapat diperhatikan pengurangan drastik staf bawahan di cawangan-cawangan CIMB sejak Februari 2022. Satu cawangan kadangkala hanya ada 2 atau 3 staf sahaja, manakala Pengurus dan Penolong Pengurus di cawangan CIMB sentiasa disebut oleh staf CIMB “tiada di cawangan bank itu” apabila ditanya pelanggan.

Ini satu lagi kesilapan CIMB.

Rakyat marhaen tahu jelas apabila Pengurus Bank “tiada” maka Penolong Pengurus WAJIB ada di bank CIMB cawangan itu.

Rakyat marhaen juga tahu, apabila staf bank CIMB yang mengendalikan pembukaan Akaun Semasa bagi syarikat “tiada kerana bercuti”, tanggungjawab kerja itu akan ditanggung oleh Penolong Pengurus Bank CIMB cawangan itu.

Bukannya pelanggan datang untuk membuka Akaun Syarikat disuruh balik berkali-kali kerana staf CIMB bercuti. Ini menggambarkan imej buruk apabila seorang staf CIMB yang mengendalikan pembukaan Akaun Semasa di cawangan CIMB itu meninggal dunia, maka CIMB cawangan itu boleh tutup dari beroperasi. Di manakah Penolong Pengurus Bank CIMB?

Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mula memindahkan Akaun Gaji Masuk mereka ke bank-bank lain sebaik sahaja berita mengenai kesilapan bank CIMB ini disiarkan kepada umum oleh akhbar-akhbar nasional. Tiada Pegawai Kerajaan mahu menanggung risiko “tiada gaji selama 3 bulan” seandainya bank Gaji Masuk mereka bankrap.

Seperkara paling mudah dilakukan oleh staf bank di saat bank CIMB bermasalah dan berhadapan dengan saman RM650 juta ini adalah dengan melayan pelanggan lebih baik. Hari ini ada pelanggan ditengking staf CIMB hanya kerana bertanya:

“Boleh berikan saya cawangan CIMB terdekat supaya saya boleh buka akaun hari ini juga kerana urusan buka akaun di CIMB ini sudah tertangguh hampir sebulan?”

Woww!! Sebulan ambil masa untuk buka Akaun Semasa di CIMB? Teruk sangatkah situasi CIMB ketika ini walaupun sudah dua kali CIMB mengeluarkan statement mereka “okey” hatta CIMB sebenarnya sedang disiasat Bank Negara.

(Laporan lengkap sudah dibuat oleh pelanggan berkenaan ke CIMB HQ).

Melihat keadaan tegang staf bank CIMB itu WALAUPUN si pelanggan bertanya dengan sopan dan lembut sahaja, hari ini saya pindahkan semua wang dalam akaun saya di CIMB ke bank lain dan menutup akaun saya di CIMB melalui website CIMB Clicks.

Tiada manusia mahu menanggung risiko berurusan dengan bank CIMB yang TIDAK MEYAKINKAN PELANGGAN berkaitan pengurusan wang pelanggan.

Mungkin Bank Negara boleh mulakan siasatan mengenai komisyen yang diterima staf CIMB dari Sun Life Insurans dari akaun pelanggan CIMB melalui Sistem Pemprosesan Pindahan Pihak Ketiga kepada Syarikat Sun Life Insurans. Ramai pelanggan CIMB bermasalah untuk menghentikan potongan wang kepada Sun Life Insurans melalui akaun CIMB ini.

Tolonglah layan pelanggan dengan baik walaupun CIMB sedang berhadapan saman RM650 juta dari pelanggan sendiri. It is a simple favor. Tak perlu tengking pelanggan kemudian dengan suara yang kuat memfitnah pelanggan itu dengan ayat “Dia tu kurang ajar”. Aikkk… pelanggan itu bertanya dengan sopan. What is wrong with that CIMB staff?? Semua yang berbaris di belakang pelanggan itu tahu staf CIMB itu memfitnah pelanggan sendiri.

I’m done with CIMB.

Bank CIMB tidak boleh melayan rakyat marhaen begitu biadab.

Kayra, Putrajaya.

#banknegaramalaysia
#cimb

BACA: “Ah Long Berlesen” – Pinjaman Peribadi ‘GOpinjam’ Dari Touch ‘n Go Terima Banyak Respon Negatif

Sumber & kredit foto: Facebook Karya Kayra