
China Siap Bina Hospital Koronavirus Kedua Dalam Tempoh 8 Hari
China siap bina hospital koronavirus kedua dalam tempoh masa lapan hari.
Jika semalam, kes mangsa yang terkorban akibat koronavirus ialah seramai 304 orang, jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak dengan angka kem4tian hari ini sudah melebihi 361 orang.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1822908087842399?__xts__%5B0%5D=68.ARCe5b0QTrNJO7eReVq4pegBF5AdiyoDO-CERIJi9-uHcjsO6Yr5ueKnn3pS98Z4iLRNOhKHd95vULbdWp0HPNqBgqnv7cDhYwAma6peTrdczqxD9GtXJmnxu0o-GnvQvGPuqM6eFT1lHa6MRURs3btS-EM4IWA1PaKyjI2EXt6LsfW7Iqo57epP4l4R7OEnuud1frXurTOYaGUyaL-3diB6Zid0He6G5N5Iswv49T8SkmNSDtncPl9oO5Pu9c2kRFJUlG7gafnLH6h71gvLrqhcEv_bVFwRVg1hhgCrrglWaUqQxZmTXvmxkuoOivifBzP7_ZLcmG4Twz6YoyYYxoFh&__tn__=-R
Lima hari lalu, China telah membuka secara rasmi hospital pertama mereka di sebuah bandar berhampiran Wuhan yang cuma mengambil masa tempoh pembinaan selama 48 jam.
BACA: Hospital Pertama Pesakit Koronavirus Sudah Siap Dibina, Mula Operasi Hari Ini
Dalam menangani penularan wabak koronavirus yang semakin teruk, kerajaan China menubuhkan sebuah lagi hospital di Leishenshan yang boleh menempatkan 1,000 katil bagi menematkan pesakit koronavirus.
Akan mula dibuka Rabu ini, seramai 1,400 pegawai perubatan tentera China dengan pengalaman menangani wabak berjangkit dilaporkan sudah tiba di Wuhan dan bakal dihantar ke lokasi berkenaan.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, selain daripada 17,000 kes yang sudah disahkan, terdapat:
- 21,558 kes yang disyaki
- 152,000 individu berada di bawah pemantauan perubatan
- 475 indvidu ‘dibebaskan’ daripada hospital
- 150 kes disahkan di luar China
Hospital pertama yang pada awalnya dijangka siap pada 3 Februari ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada hari ini.
Dibina di sebuah bandar berhampiran Wuhan, hospital ini telah menempatkan kumpulan pertama pesakit koronavirus sekitar jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.
Projek pembinaan ini selesai dalam masa 48 jam atas usaha pelbagai pihak yang melibatkan lebih 500 orang pekerja seperti firma pembinaan, syarikat utilit dan pegawai polis paramiliter serta berdozen jentera berat yang bekerja setiap hari.
Sumber: BBC