Barcelona Penyebaran COVID-19

China Salahkan Sepanyol, Dakwa Punca Penyebaran COVID-19 Berasal Dari Barcelona

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kita sedia maklum, penularan pandemik COVID-19 yang mengancam masyarakat dunia ketika ini dikesan bermula daripada bandar Wuhan, China.

Tindakan yang agak lewat oleh kerajaan China mengekang pandemik ini telah menyebabkan mereka berterusan dikecam oleh beberapa negara kuasa besar dunia.

Bagaimanapun, China sekali lagi cuba mengalihkan kecaman masyarakat dunia dengan mendakwa wabak COVID-19 mungkin bermula di Sepanyol.

Hanya beberapa hari sebelum Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memulakan misi penyiasatan di Beijing untuk menentukan punca penularan wabak itu, seorang penyelidik terkemuka China mendakwa mereka ‘mencari’ di negara yang salah.

Wang Guangfa, pakar pernafasan Universiti Peking yang sebelum ini turut disahkan positif COVID-19 mendakwa WHO seharusnya melakukan penyiasatan di Barcelona dan bukannya Wuhan.

Menurutnya, pasukan virologi dari University of Barcelona Sepanyol berjaya mengesan wabak tersebut menerusi sampel yang diambil dari air kumbahan beku di Barcelona pada 12 Mac 2019; sembilan bulan sebelum wabak tersebut mula dikesan di China.

Barcelona Penyebaran COVID-19

Malah laporan yang dikeluarkan pihak universiti turut menjelaskan meskipun tahap virus tersebut rendah namun ianya tetap positif Sars-CoV-2 .

Para saintis Itali juga telah menemui bukti virus itu berada dalam sampel kumbahan di Milan dan Turin, sekitar pertengahan Disember, beberapa minggu sebelum kes pertama dikesan.

Sementara itu, para pakar juga dikatakan mengesan kehadiran virus itu di Brazil sejak bulan November.

Dr Tom Jefferson, pakar Universiti Oxford mendakwa perkara-perkara aneh seperti ini terjadi seperti selesema Sepanyol pada tahun 1918, sekurang-kurangnya 30 peratus penduduk Samoa Barat meninggal dunia akibat selesema Sepanyol dan mereka tidak mempunyai komunikasi dengan dunia luar.

Mungkinkah penemuan-penemuan ini menunjukkan kes COVID-19 yang tersebar di seluruh dunia ada pelbagai keturunan virus yang berbeza?

BACA: Virus COVID-19 Kini Bermutasi Tiga Keturunan, Sudah Tersebar Di Seluruh Dunia – Kajian

Sumber: Daily Star