
China Perkenal ‘Swab Test’ Di Dubur, Katanya Lebih Berkesan & Kurang Sakit Berbanding Hidung
Swab test di dubur lebih berkesan?
Jika sebelum ini sampel pengesanan jangkitan wabak pandemik COVID-19 diambil daripada rongga hidung dan tekak, kali ini China mendedahkan bahawa ujian calitan (swab test) di dubur adalah lebih tepat berbanding keduanya.
BACA: Betul Ke Sakit Prosedur ‘Swab Test’ Boleh Rasa Sampai Ke Otak?
Menurut media China, kerajaan China sudah pun memulakan swab test di dubur bagi menguji mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi kepada penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan antaranya di Beijing.

Menurut doktor kanan di Hospital You’an Beijing, Li Tongzeng, signifikan swab test di dubur adalah lebih berkesan kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
Ulasan mereka yang sudah menjalani ujian berkenaan di dubur mengatakan ianya kurang sakit namun memalukan jika dibandingkan dengan swab test menerusi hidung dan tekak.
Jika rakyat Malaysia diberi pilihan, yang manakah yang akan anda pilih? Calitan di dubur atau di rongga hidung dan tekak?
Ujian saringan COVID-19 semakin giat dijalankan bagi mengesan individu yang positif wabak tersebut. Soalan yang wajib ditanya mestilah, sakit ke buat swab test ni?
Di saat Malaysia diumumkan sedang berdepan dengan gelombang pandemik ke-3, maka semakin ramailah yang terpaksa melalui proses swab test ini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sampel perlu diambil dari hidung, bukannya mulut (orofarinks) memandangkan pengambilan sampel dari mulut adalah lebih mudah.
BACA: Malaysia Mula Tawarkan Ujian Pemeriksaan COVID-19 Secara Pandu Lalu
Walaupun ianya logik, namun pengambilan sampel melalui hidung adalah lebih tepat dan mudah berbanding sampel dari mulut.
Ini kerana ianya membolehkan doktor mengakses ruang belakang mulut dan hidung tanpa individu tersebut terasa seperti mahu muntah.
Mungkin ruangan hidung yang agak sempit menjadikan adanya sedikit rasa sakit dan pedih ketika melakukan swab test sehinggakan ada yang menyifatkan otak mereka ditusuk sesuatu menerusi hidung.
Sumber: