China Lapor Kes Tanpa Simptom

China Mula Pantau Pesakit COVID-19 Tanpa Simptom, Lapor Lebih 1,300 Kes

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

China berkata ia merekodkan lebih 1,300 kes Covid-19 tanpa simptom, kali pertama republik itu mengeluarkan data sedemikian susulan kebimbangan masyarakat terhadap pesakit yang diuji positif tetapi tidak menunjukkan simptom.

Ini membawa Pandemik COVID-19 belum tunjuk tanda reda satu dunia, kini pesakit tanpa gejala (asymptomatic) sedang dipantau di China sebagai pembawa secara senyap virus korona.

Ini usaha berterusan China membanteras penularan COVID-19 yang disebabkan penyebaran virus korona tanpa disedari oleh individu yang secara senyap menjadi pembawa (silent carrier).

Pegawai kesihatan turut melaporkan kes import pertama dari luar negara di Wuhan, meningkatkan kebimbangan terhadap jangkitan yang dibawa ke China dari negara lain iaitu daripada 36 kes baru yang dilaporkan pada Rabu, 35 diimport dari luar negara.

Suruhanjaya kesihatan Kebangsaan (NHC) berkata, 1,367 pesakit tanpa simptom di bawah pengawasan perubatan, dengan 130 kes baru ditambah pada hari terakhir.

Terdapat banyak gesaan dalam talian untuk kerajaan mendedahkan jumlah kes tanpa simptom selepas pihak berkuasa mendedahkan pada hujung minggu bahawa seorang wanita yang dijangkiti di wilayah Henan mempunyai kontak rapat dengan 3 kes tanpa gejala.

Bagaimanapun, kes tanpa simptom tidak ditambah di dalam laporan rasmi melainkan mereka menunjukkan gejala klinikal. Data mengenai mereka yang dijangkiti tanpa menunjukkan simptom masih belum diterbitkan.

Dalam perkembangan lain, China sudah mula melonggarkan larangan ketat pergerakan dalam negara setelah kes tempatan mula menunjuk petanda giat dikekang. Namun kelonggaran ini dikuathiri akan membuka ruang kepada kepulangan beribu-ribu warga China ke kota dan membawa bersama mereka virus korona tanpa disedari.

China Lapor Kes Tanpa Simptom

Ini disebabkan pembawa tanpa sedar itu tidak langsung menunjuk sebarang tanda simptom dan mereka bebas bergerak tanpa disaring positif COVID-19.

Sejak Januari lagi, jumlah kes tanpa simptom tidak didedah untuk kiraan data rasmi penularan COVID-19.

Namun akhbar South China Morning Post mendakwa terdapat lebih dari 40 ribu kes positif COVID-19 berdasarkan maklumat sulit dari dokumen tidak rasmi.

Bagi mengelak timbul sebarang kegusaran, bermula minggu ini, China bertindak mengarah semua pentadbir kesihatan menjejak kes berkenaan. Ini termasuk merekod dan melapor setiap kes yang ditemui.

Terdapat 81,554 jangkitan di China, dengan 3,312 kematian – kebanyakannya tertumpu di pusat jangkitan di Wuhan dan sekitar wilayah Hubei.

Sumber: Awani, FMT