
China Larang Kanak-Kanak Akses Permainan Video Selepas 10 Malam
Ketagihan permainan video berpunca daripada diri sendiri yang salah memilih permainan video dan tidak bijak membahagikan masa. Sekali sudah terjebak, pasti sukar untuk menolak sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.
Sering terjadi insiden mati akibat terlalu lama bermain permaina video, China mengenakan perintah berkurung untuk mengehadkan masa dihabiskan oleh anak-anak ke atas permainan dalam talian. Ia sebagai langkah terkini tindakan keras Beijing terhadap ketagihan dalam kalangan belia.
Peraturan itu mengenakan mereka berusia bawah 18 tahun tidak boleh bermain dalam talian antara 10 malam dan 8 pagi serta hanya 90 minit pada waktu siang. Peraturan baharu itu juga memerlukan semua pemain menggunakan nama dan butiran sebenar seperti akaun WeChat, nombor telefon atau nombor ID untuk mendaftar.
Kerajaan China juga meminta pengeluar permainan untuk mengubahsuai kandungan, fungsi atau peraturan permainan demi mengelakkan ketagihan dalam kalangan golongan muda.

China merupakan pasaran permainan video terbesar di dunia, tetapi kerajaan telah mengetatkan industri ini di tengah-tengah kebimbangan tentang kesihatan yang semakin membimbangkan terhadap kanak-kanak dan ketagihan dengan internet.
Tahun lalu, Beijing mengumumkan kawalan baharu ke atas jumlah permainan yang boleh digunakan dalam talian, siaran baru terhad, dan peraturan yang dikenakan ke atas pemain bawah umur bagi mengurangkan masa di hadapan skrin mereka.
Sumber: FMT
Trending now



