China Dakwa Bakal Gubal Al-Quran Dan Bible Supaya Selari Dengan Fahaman Komunis

Beberapa minggu ini, kerajaan China berdepan dengan pelbagai kontroversi antaranya isu melibatkan etnik Uighur dan kilang pembuatan iPhone, Foxconn.

BACA: Tawar Ganjaran Mewah, China Anjur Program ‘Rog*l Sistematik’ Paksa Wanita Uighur Kahwini Lelaki Han

Tiga hari lalu, kerajaan China mengumumkan bahawa mereka akan menulis semula beberapa kitab tanpa menyebut secara spesifik kitab apa yang akan terlibat.

Kitab-kitab tersebut akan digubal supaya selari dengan fahaman Parti Komunis, jika ada perenggan yang salah, kitab tersebut akan dipinda atau diterjemahkan semula.

Walaupun tidak menyebut secara spesifik mengenai kitab apa, namun parti terbabit menyentuh mengenai agama-agama sedia ada kerana tidak seiring dengan zaman moden.

 

China Bakal Gubal Bible Dan Al Quran

Perintah yang dikeluarkan November lalu melalui mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik dan Agama, Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China yang bertanggungjawab untuk mengawasi hal-hal berkaitan etnik dan agama di China.

BACA: Jadi Lambang Kemegahan Pengguna, Ini Derita Di Sebalik Operasi Kilang iPhone

Jawatankuasa ini juga bersetuju untuk menerapkan nilai-nilai sosialis  supaya dapat menghalang segala pemikiran radikal yang mampu menggugat negara.

Sumber: Daily Mail