China Arah Apple Buang Aplikasi Al-Quran

China Arah Apple Buang Aplikasi Popular al-Quran, Dakwa Mengandungi Teks Agama Secara Haram

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

China Arah Apple Buang Aplikasi Popular al-Quran.

Syarikat gergasi teknologi, Apple dilaporkan membuang aplikasi al-Quran paling popular di China selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa negara itu.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya membuang kandungan tersebut selepas pihak berkuasa China mendakwa aplikasi berkenaan mengandungi teks agama menyalahi undang-undang negara.

Aplikasi Quran Majeed tersedia dalam App Store digunakan oleh berjuta-juta umat Islam seluruh dunia dan mempunyai 150,000 ulasan oleh pengguna.

Tindakan memadamkan aplikasi itu pertama kali dikesan oleh Apple Censorship, sebuah laman web yang memantau aplikasi di App Store Apple secara global.

Syarikat yang membina aplikasi tersebut, PDMS, dalam satu kenyataan menyebut bahawa aplikasi itu dipadam susulan arahan daripada kerajaan China.

“Menurut Apple, aplikasi ‘Quran Majeed’ telah dikeluarkan dari China App Store kerana didakwa mengandungi kandungan yang memerlukan dokumentasi tambahan daripada pihak berkuasa China.

“Kami telah berusaha menghubungi Pentadbiran Siber China dan pihak berkuasa China yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini,” tulis kenyataan PDMS.

Aplikasi Quran Majeed dikatakan mempunyai hampir satu juta pengguna di China. Sehingga kini tiada penjelasan sebenar berkaitan kesalahan atau peraturan yang dilanggar dalam aplikasi berkenaan.

Parti Komunis China mengiktiraf islam sebagai agama untuk dianuti oleh penduduk di negara itu.

Bagaimanapun, China berkali-kali didedahkan media atas tuduhan melakukan pelanggaran hak asasi manusia, termasuk pembunuhan beramai-ramai terhadap kumpulan etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam di wilayah Xinjiang.

Tidak Mahu Bersubahat, AS Tekan China Tentang Isu Penindasan Etnik Uighur
Sumber: USC

BACA: China Didakwa Miliki ‘Penjara Rahsia’ Di Dubai Untuk Tahan Etnik Uighur, Pembangkang

Sementara itu, pihak Apple enggan memberi komen dengan mendakwa terikat kepada pematuhan polisi Dasar Hak Asasi Manusia syarikat.

Bagi pengguna tempatan yang sedang mencari aplikasi untuk bacaan al-Quran dan hal-hal berkaitan ibadah serta selamat digunakan boleh ke pautan dibawah.

BACA: Lebih Selamat Dan Mudahkan Urusan Kita, Ini 5 Aplikasi Yang Dibangunkan JAKIM

Sumber: BBC