Tip Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel

‘Check Dulu Sekeliling’ – Lelaki Kongsi Tip Kesan Kamera Tersembunyi Dalam Hotel, Tandas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Zaman sekarang ini, pelbagai jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Oleh sebab itu, jika kita pergi ke mana-mana terutama di lokasi bukan kebiasaan kita pergi, perlu utamakan isu keselamatan.

Contohnya bilik hotel, bilik persalinan mahupun tandas yang memberi peluang kepada seseorang untuk merakam anda dengan kamera tersembunyi.

Seorang pengguna Twitter, @nicwho berkongsi beberapa tip bagi mengesan kamera tersembunyi yang sering dijumpai di dalam bilik hotel dan tandas awam.

1. Guna flash light telefon

Cara ini sesuai untuk bilik hotel atau sudut yang mempunyai celah dan ruang.

Pasang flash light pada telefon, suluh di sudut yang mempunyai celah dan ruang yang anda nampak sama ada pada objek atau dinding. Jika anda melihat refleksi daripada pancaran flash light telefon berkemungkinan ada kamera tersembunyi di situ.

2. Guna aplikasi ‘camera’ telefon

Buka kamera hadapan pada telefon dan halakan di ruang atau sudut yang anda rasa sangsi. Jika anda ternampak ‘dot of light’ berkemungkinan terdapat kamera tersembunyi yang sedang merakam.

Tip Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel

3. Imbas sambungan wifi yang mencurigakan

Cara ini juga berguna untuk mengesan kamera tersembunyi kerana ada menggunakan wifi untuk ‘transfer, transmit, livestream’ rakaman kepada pengguna.

Jika senarai nama wifi mencurigakan seperti ‘CAM’ atau ‘CAMERA’, berkemungkinan ada kamera tersembunyi berdekatan anda.

Tip Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel

4. Periksa kawasan

Periksa semua komponen atau objek dalam tandas seperti baldi, pintu, pam tandas atau mana-mana sudut yang curiga.

Jika di bilik hotel, boleh periksa di sekitar kotak tisu, telefon dan mana-mana loose item.

5. Camera detector

Boleh guna camera detector untuk mengesan kamera tersembunyi. Jika, ada lampu merah berkelip, ia menandakan terdapat kamera tersembunyi di situ.

Tip Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel