
Che Nom Sangkal Pendapatan YouTuber Mampu Capai RM360,000 Sebulan
Tular beberapa hari lalu, keratan poster 9 pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi berlegaran di media sosial. Poster terbitan Maukerja ini menarik minat ramai.
Seorang YouTuber masakan, Che Nom telah berkongsi bahawa keadaan sebenar seorang Youtuber bukanlah seperti yang diomongkan. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
0.01% Youtubers yang boleh dapat income macam ni, kalau operate sebagai company, kena ada ada sekurang-kurangnya 7 video seminggu dan purata views tiga ratus ribu ke atas per video.
Yang sebenarnya purata income Youtubers di bawah paras kemiskinan, bila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan Youtubers secara tak langsung akan berkurang, tahun ni semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan.
Nak hasilkan satu video perlukan 3-4 hari, research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render & upload, semua ni nak kena hire orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog, semua ini kos. Hidup takda life, Sabtu & Ahad kalau tak kerja video tak siap, bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast pon tidur kat opis aja.
Pendapatan sebagai blogger, portal pon jatuh mendadak tahun ni, 2.2 juta pageviews kat https://resepichenom.com, income cuma dalam RM 2,500, nak bayar server dan admin pon tak lepas. Tak pasti macam mana news portal dan blogger lain survive tahun ni, harap-harap ada income lain selain Adsense.
Kalau yang ada cita-cita nak jadi Youtubers tu fikir baik-baik, yang diwar-warkan tu yang berjaya, ramai yang tak berjaya, Youtubers masakan pon ramai yang dah menghilang, peluang nak berjaya tu sangat rendah.
Kalau tak ada kesunggunan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession, cari la kerjaya lain yang lebh menjamin masa depan, ada medical, KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit.
BACA: Lagi Konten Mengarut, YouTuber Bergurau Kenakan Rakan Dengan ‘Prank’ Tangkap Basah
Trending now



