‘Chainsaw’ Yang Pada Awalnya Diciptakan Untuk Bantu Kelahiran Bayi 5

‘Chainsaw’ Pada Awalnya Diciptakan Untuk Bantu Proses Kelahiran Bayi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anda nampak perkaitan antara chainsaw dan proses kelahiran bayi?

BACA: Lahirkan Anak Ketika Usia 5 Tahun, Hingga Kini Kisah Ibu Termuda Dalam Sejarah Masih Lagi Jadi Misteri

Sebut je chainsaw, pasti yang terbayang di minda adalah alat yang digunakan untuk membantu memudahkan proses pemotongan pokok.

Namun tak pernah pula terfikir yang alatan ini sebenarnya pernah digunakan untuk proses kelahiran bayi.

‘Chainsaw’ Yang Pada Awalnya Diciptakan Untuk Bantu Kelahiran Bayi
Sumber: Wikipedia

Tahukah anda, pada awalnya chainsaw dicipta untuk digunakan sebelum pembedahan caesarean dipraktikkan secara meluas?

Sebelum ini, sekiranya bayi terlalu besar dan tidak boleh dilahirkan secara normal disebabkan ‘tersekat’ pada bahagian pelvis, pihak perubatan akan menjalankan pembedahan ‘mengeluarkan tulang-tulang’ dengan menggunakan pisau kecil dan gergaji.

‘Chainsaw’ Yang Pada Awalnya Diciptakan Untuk Bantu Kelahiran Bayi 3
Illustrasi prosedur symphysiotomy. Kredit: WHO

Pada tahun 1780-an, seorang doktor, John Aitken dan James Jeffray mencipta beberapa alatan baru seperti gergasi besi untuk memudahkan proses pembedahan.

‘Chainsaw’ Yang Pada Awalnya Diciptakan Untuk Bantu Kelahiran Bayi 1
Gergaji pertama yang dicipta pada tahun 1780-an.

Bagi memberi ruang kepada bayi untuk keluar, chainsaw yang digerakkan menggunakan engkol tangan (hand crank) akan digunakan dalam prosedur yang dikenali sebagai symphysiotomy.

Prosedur ini akan membuang bahagian tulang rawan dari pubis supaya bayi dapat ‘dikeluarkan’ dengan cepat tanpa memerlukan si ibu menahan kesakitan dalam masa yang lama.

‘Chainsaw’ Yang Pada Awalnya Diciptakan Untuk Bantu Kelahiran Bayi
Gergaji yang menggunakan engkol tangan untuk digerakkan.

Pengenalan alatan ini nyata memudahkan proses kelahiran kerana prosedur yang sebelum ini mengambil masa yang lama dilakukan tanpa sebarang ubat bius ini berjaya dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja.

Tidak terbayang rasanya tahap kesakitan yang terpaksa si ibu hadapi sebelum gergaji diperkenalkan dan digunakan sepanjang tempoh prosedur berjalan.

Nota: Ubat bius pertama kali digunakan dalam bidang perubatan moden oleh pakar bedah, John Collins Warren pada 16 Oktober 1846.

Pada hari ini, prosedur symphysiotomy tidak lagi dilakukan namun di negara ketiga ada yang masih menggunakannya sekiranya caesarian section tiada.

Sumber:

  1. Business Insider
  2. The Sun
  3. All That Interesting