CGPA

“CGPA Tak Penting Sangat Pun” – Motivasi Toksik Yang Bikin Ramai Budak ‘U’ Kecundang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terdapat andaian yang mempersoalkan tentang kepentingan CGPA atau Cumulative Grade Point Average yang selama ini diguna pakai di universiti bagi mengukur tahap pencapaian prestasi akademik mahasiswa.

Menurut seorang pengguna Twitter Zac @ZacZakirin13, andaian tidak benar yang boleh diumpamakan seperti ‘scam’ ini telah berjaya memperdaya ramai penuntut universiti yang berpendapat menamatkan pengajian dengan CGPA yang rendah sahaja adalah mencukupi.

Menurutnya lagi, sebenarnya ketika ini tawaran kerja mengikut tangga gaji bukan sahaja diberikan berdasarkan pengalaman kerja seseorang calon malah juga mengikut pencapaian CGPA individu tersebut.

Selain itu, bagi mereka yang menamatkan pengajian dengan pencapaian CGPA 3.75 ke atas atau First Class Upper, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga tidak perlu dibayar kerana ianya layak untuk ditukar menjadi biasiswa.

Begitu juga dengan pinjaman MARA yang boleh dikurangkan peratus pembayaran balik bergantung kepada kecemerlangan yang dinilai dari CGPA masing-masing.

Jom ikuti beberapa lagi petikan ciapan yang dibuat oleh Zac di akaun Twitternya yang boleh dijadikan panduan buat pelajar-pelajar di universiti pada hari ini.

CGPA

“CGPA tak penting sangat pun”

Inilah ayat paling scam dekat U. Sebab ada motivasi toxic sebegini, ramai kawan kecundang dan struggle untuk dapat kerja masa keluar U. CGPA itu penting, sebab CGPA ni act as a ticket for you to go for interview with big company.

Kalau CGPA rendah, memang kau akan dapat company biasa-biasa dan dibayar pun rendah. Jadi selain daripada salahkan kerajaan sebab tak tetapkan gaji minima, salahkan diri juga sebab main masa U.

Majority company nak minima CGPA 3.00 and above. Once dapat interview, dekat sini baru bergunanya soft skills tu. Nak share sikit starting salary for big company macam sektor Oil and Gas, Energy, Big 4, Banking, consulting, IT etc, average RM 3000 – RM 4200.

Manakala student yang bawah CGPA 3.00 ni, average akan start bawah RM 2000. Unless, kau memang mantap technical skills macam boleh jadi Fullstack Developer tu, CGPA kau 1.8 pun orang bayar kau above average untuk starter. Time ni boleh ah nak sembang “CGPA tak penting sangat pun”.

Janganlah percaya ayat scam tu kalau tak nak struggle dalam permulaan hidup. Lepas tu ada juga nak kata, tak apa, ini kan ujian. Kita terima sahaja. At first aku setuju, memang ujian. Tapi ujian lebih besar bila awalnya itu kau malas berusaha untuk put yourself to be a better person.

Ada juga yang dah keluar daripada struggle sebab CGPA rendah dan dia being positive kata,

“Alhamdulillah, lepas susah senang 10 tahun, boleh pakai juga Honda sekarang ni, boleh beli RUMAWIP.”

Hah, baguslah ada kesedaran within 10 years, boleh pakai Honda. Cuba kalau ada kesedaran itu awal lagi, boleh jadi dah pakai Mercedes dan beli eco-Setia. Again, selain daripada hebat soft skills pandai sembang, jangan ambil mudah pasal CGPA.

Sebab CGPA rendah sangat ni mostly kena judge as “Pemalas”. Tak masuk kelas, tak/lambat hantar assignment, tak buat quiz, tak pergi tutorial, tak study. Semua perangai ni memang menyumbang pada CGPA. Tak payah nak bohong, sebab I was there too masa 1st semester degree.

Kena pula graduate zaman sekarang, yang CGPA 3.50 pun struggle nak cari kerja, inikan pula yang lebih rendah. Think about your future guys.

BACA: Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2023 Mengikut Ranking Dunia Quacquarelli Symonds (QS)

Sumber: Zac @ZacZakirin13