‘Ceria Semacam’, Warganet Puji Kesabaran Guru Ini Urus Anak Murid Terkencing Dalam Kelas 2

‘Ceria Semacam’, Warganet Puji Kesabaran Guru Ini Urus Anak Murid Terkencing Dalam Kelas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ceria semacam, warganet puji kesabaran guru ini urus anak murid terkencing dalam kelas.

Bergelar seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bila ditugaskan menjaga pelajar pra-sekolah yang baru sahaja mahu belajar keluar dari zon selesa di rumah.

BACA: Video Ayah Saya Masak Ketum Bukan Guru Yang Tularkan, Ini Penjelasan Sebenar

Mungkin ada yang menyifatkan tugas sebagai guru tadika ini sangat mudah kerana silibusnya tidak banyak. Namun hakikatnya, profesion yang selalu digelar sebagai ‘basuh berak budak’ ini sangatlah mencabar. Kalau tak ada kesabaran yang tinggi, memang lain jadinya nanti.

Seorang guru tadikan yang dikenali sebagai CIkgu Ferdy sering menjadi tumpuan warganet kerana kesabarannya mengendalikan karenah anak-anak kecil ini.

Sebagai contoh dalam hantaran pada 10 September lalu, Cikgu Ferdy telah berkongsi bahawa ada antara pelajarnya telah terkencing di dalam kelas.

‘Ceria Semacam’, Warganet Puji Kesabaran Guru Ini Urus Anak Murid Terkencing Dalam Kelas

Memang tidak dapat dinafikan, insiden ‘terbabas’ ini sering berlaku dalam kalangan pelajar pra-sekolah, dan sebagai individu yang lebih dewasa, tanggungjawab ini akan jatuh kepada guru untuk mengendalikannya.

Dalam video tersebut, Cikgu Ferdy tetap kelihatan ceria membersihkan kotoran tersebut sambil sempat menghasilkan lagu yang mendidik anak muridnya supaya tidak lagi melepas di dalam kelas.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=147047047082459&id=116101183510379

Sudah pun dikongsi lebih 5,700 kali, kesabaran cikgu Ferdy dipuji warga net yang rata-rata mengaguminya yang masih lagi ceria semacam.