Bahasa Inggeris Dialek Cina

Cendekiawan Cina Dakwa Bahasa Inggeris Sebenarnya Dialek Cina

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sekumpulan cendekiawan Cina daripada Persatuan Penyelidikan Tamadun Dunia – persatuan yang terdiri daripada para cendekiawan daripada beberapa institusi China mendakwa bahawa beberapa bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris sebenarnya adalah dialek daripada bahasa Cina.

Dakwaan itu dibuat setelah melakukan penyelidikan selama lebih 20 tahun dan telah dibentangkan di Sidang Kemuncak Pendidikan Antarabangsa China di Beijing, China pada Julai lalu.

Menurut Naib Presiden dan Setiausaha Agung persatuan berkenaan, Zhai Ghuiyun menyatakan bahawa beberapa perkataan bahasa Inggeris berasal daripada bahasa Mandarin.

Contoh perkataan itu seperti ‘yellow’ menyerupai ‘yeluo’ dalam bahasa Mandarin yang bermaksud daun gugur, manakala bagi perkataan ‘heart’ menyerupai ‘hede’ iaitu teras.

“Sudah tentu, sebutan itu ada sedikit perbezaan disebabkan oleh variasi sebutan pada ratusan atau ribuan tahun di kawasan yang berlainan. Fikirkanlah betapa pentingnya perbezaan dalam dialek serantau kita, jadi boleh dikatakan bahawa bahasa Inggeris adalah seperti ‘dialek’ di negara kita,” kata Zhai.

Bahasa Inggeris Dialek Cina

Zhai membuat kesimpulan bahawa contoh yang dibentangkan itu membuktikan bahasa Inggeris merupakan dialek dalam bahasa Mandarin. Cendekiawan Cina turut menyatakan bahawa bahasa-bahasa lain di rantau Eropah seperti Perancis, Jerman dan Rusia juga melalui proses sama yang mana masyarakat bukan Cina berada di bawah pengaruh budaya Cina.

Seorang ahli persatuan itu menambah bahawa Eropah tidak mempunyai sejarah sebelum abad ke-15, membuatkan dakwaan mereka adalah kukuh. Kekurangan sejarah yang kononnya menyebabkan orang Eropah merasa ‘malu’ dan telah mereka cerita mengenai tamadun Mesir Kuno, Yunani dan Rom. Menurut laporan Taiwan News, beliau menyatakan bahawa kewujudan tamadun tersebut semuanya berasaskan sejarah Cina.

Dalam usaha untuk ‘mengembalikan kebenaran sejarah dunia’, persatuan itu telah menubuhkan cawangan di Kanada, Madagascar, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Walau bagaimanapun, tuntutan itu tidak meyakinkan ramai warganegara China.

Sumber: The Star

 

Bilalah agaknya siri One Piece ini nak habis?

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.