Catat Sejuta Kes Positif, Trump Sekali Lagi Tampil Dengan Cadangan Maut Rawat COVID-19

Catat Sejuta Kes Positif, Presiden AS Sekali Lagi Tampil Dengan ‘Cadangan Bijak’ Rawat COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Catat sejuta kes positif, Presiden Amerika Syarikat, Donlad Trump sekali lagi tampil memberikan cadangan maut bagi merawat wabak pandemik COVID-19.

BACA: Trump Henti Hantar Dana Kepada WHO, Dakwa Badan Berkenaan Gagal Jalankan Tugas Dasar

Trump beberapa kali mencetuskan provokasi dengan kenyataan berbahaya tanpa berunding terlebih dahulu dengan pakar perubatan sehingga ada antara masyarakat dunia yang percaya dan mendapat kesan negatif daripadanya.

Antara cadangan yang pernah beliau kemukakan adalah:

1. Makan gabungan ubat jenis hydroxychloroquine dan azithromycin 

Dalam satu ciapan pada Sabtu 21 Mac lalu, Trump memberitahu gabungan kedua ubat ini berpotensi membawa perubahan besar dan menjadi sejarah perubatan.

Satu pasangan suami isteri yang terpedaya dengan Trump telah memakan ubatan jenis chloroquine fosfat iaitu sejenis bahan pencuci akuarium yang mempunyai nama yang hampir sama dengan dua ubat yang disarankan Presiden AS itu telah menyebabkan pasangan lelaki itu meninggal dunia manakala isterinya berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Banner Health Hospital di Pheonix, ubatan jenis chloroquine fosfat mempunyai kandungan aktif yang sama seperti ubat malaria dan tidak sepatutnya dimakan bagi merawat atau mencegah COVID-19.

Bahagian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa kedua ubatan yang disebut Trump hanya boleh digunakan di hospital atau pun ujian klinikal kerana boleh membunuh dan menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Trump Henti Hantar Dana Kepada WHO, Dakwa Badan Berkenaan Gagal Jalankan Tugas Dasar 1
Sumber: Reuters

Apabila pengguna menggabungkan kedua ubatan itu dengan ubatan jenis antibiotic azithromycin ianya akan memberikan kesan lebih buruk kepada jantung.

Malah pada awal April, Trump pernah mengugut India untuk bersedia menerima tindak balas sekiranya mereka tidak membenarkan eksport ubat anti-malaria hydroxychloroquine ke Amerika Syarikat seperti yang diminta beberapa jam selepas India melarangeksport ubat tersebut.

2. Menyuntik pembasmi kuman

23 Mac lalu, Trump telah mencadangkan agar pembasmi kuman yang wujud dalam produk pembersihan seperti peluntur disuntiik kepada pesakit COVID-19 sebagai rawatan bagi mematikan virus berjangkit itu.

Turut mencadangkan agar saintis dan pakar sains mempertimbangkan cadangan itu, Trump teruk dikritik masyarakat dunia dengan kenyataan tidak masuk akal itu.

Sehari kemudian (24 Mac) Trump menjelaskan bahawa cadangannya adalah bersifat sarkastik kepada wartawan supaya mereka dapat melihat apa yang berlaku sekarang.

Susulan daripada kenyataan tidak bertanggungjawab itu, syarikat pembasmi kuman seperti Dettol dan Lysol terpaksa membuat satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa produk mereka langsung tidak sesuai digunakan untuk dimasukkan ke dalam badan.

Malah seteru politik Trump, Joe Biden sendiri seakan tidak percaya beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai tidak menelan bahan peluntur dalam usaha merawat dan mencegah wabak COVID-19.

Sudah menekan supaya masyarakat dunia mengambil beberapa jenis ubatan lebih daripada 50 kali sejak dari pertengahan Mac, penganalisis CNN mendapati Trump seringkali memberitahu tanpa fakta kukuh bahawa ubatan tersebut bakal menjadi game changer dalam langkah mencegah COVID-19.

BACA: Pakar Jangka 2.2 Juta Rakyat Amerika Syarikat Akan Maut Akibat COVID-19

Menerima kecaman dan kritikan teruk terutamanya daripada pihak pengamal perubatan, rata-rata daripada mereka bersetuju bahawa cadangan Trump tanpa berlandaskan fakta perubatan boleh menyebabkan lebih banyak kematian berlaku di sana.

Amerika Syarikat catat sejuta kes positif

Setakat hari ini, Amerika Syarikat menduduki carta pertama dengan catatan kes sekitar 1/3 daripada kes yang dicatatkan di 210 buah negara dan dua buah kapal persiaran antarabangsa iaitu 1.03 juta daripada 3.16 juta kes dengan jumlah kematian yang sudah menghampiri 60,000.