
Catat Peningkatan Kes Kematian Mendadak Setiap Hari, Indonesia Perlu Bantuan Dunia Tangani COVID-19
Sedang dunia catat peningkatan kes positif COVID-19 yang membawa kepada lebih 4.6 juta jumlah keseluruhan kes di 213 negara dan dua kapal persiaran, Indonesia turut sama menyumbang kepada kes kematian dalam wabak pandemik ini.
Daripada 308,645 kes kematian di dunia, Indonesia telah menyumbang sebanyak 1,076 kes, berada di tangga ke-34 dengan jumlah kes sebanyak 16,496 kes dan kes sembuh sebanyak 3,803 kes.
Dalam tempoh 24 jam, jumlah kematian yang dicatatkan Indonesia semakin tinggi sehingga rata-rata daripada penduduk merasakan Indonesia memerlukan bantuan segera dari negara-negara yang sudah berjaya mengawal wabak ini antaranya China.
Dalam satu panggilan telefon Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan Presiden China, Xi Jinping, Jinping telah berjanji akan membantu Indonesia memerangi wabak pandemik ini dengan menghantar kakitangan perubatan yang berpengalaman, kit ujian serta pendidikan.

Tindakan China dalam membantu Indonesia juga dilihat sebagai serampang dua mata kerana dapat membantu China mengembangkan pasarannya ke rantau ASEAN.
Indonesia sebelum ini disifatkan sebagai bom jangka ASEAN pada 9 April lalu kerana catat peningkatan kes tertinggi di rantau ASEAN namun dipintas oleh Singapura selepas banyak kes dilaporkan dalam kalangan pekerja asing di sana.
Indonesia pernah mencetuskan kebimbangan dunia apabila tidak lagi mencatatkan kes sedangkan mereka sangat bergantung kepada pelancongan China bagi menjana ekonomi negara.
Jurucakap kerajaan Indonesia, Achmad Yurianto pada 28 Mac lalu menjangkakan antara 600,000 hingga 700,000 rakyat Indonesia akan menghidap wabak ini dengan berlandaskan kepada analisa graf peningkatan penularan di sana.
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.