Carian Where Does Vanilla Come From Ramai Terkejut

Carian ‘Where Does Vanilla Flavoring Come From’ Buat Ramai Terkejut

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ada satu trend di aplikasi TikTok yang mana jika anda melakukan pencarian di Internet mengenai ‘where does vanilla flavoring come from‘, reaksi muka anda akan berubah.

Semuanya bermula dengan seorang pengguna TikTok, Sloowmoee yang mengemukakan cabaran untuk pengguna lain menunjukkan reaksi sebelum dan selepas melakukan carian ‘where does vanilla flavoring come from‘ di Google.

Carian Where Does Vanilla Flavoring Come From

Kenapa ramai menunjukkan reaksi terkejut apabila melakukan carian tersebut?

Apabila anda melakukan carian itu, carian yang akan dipaparkan dibahagian paling atas imej seekor haiwan kumpulan herbivor, beaver.

Vanila dikatakan sebagai bahan makanan kedua yang paling mahal di dunia. Hal ini disebabkan oleh kaedah penanaman yang intensif, yang juga menjadikan industri vanila sebagai salah satu pasaran paling tidak menentu di dunia.

Ditambah pula dengan kebangkitan vanila sintetik yang mana pelbagai kaedah baharu menghasilkan perisa vanila tiruan. Ini menjadikan vanila asli hanya memenuhi sekitar tiga peratus permintaan di pasaran dunia.

Salah satu perisa vanila tiruan diekstrak melalui dubur haiwan beaver. Castoreum merupakan sebatian kimia yang dirembes di antara punggul dan pangkal ekor beaver.

Carian Where Does Vanilla Flavoring Come From

Sebatian inilah yang banyak diambil untuk dimanfaatkan sebagai aroma vanila dan menjadi perisa semula jadi yang diluluskan FDA. Disebabkan begitu mudah untuk mendapatkan aroma vanila, haiwan beaver diburu sehingga populasinya semakin menurun.

Menurut Robert Chilcott dari University of Hertfordshire, pemburuan haiwan beaver telah diharamkan di beberapa negara menyebabkan pencarian vanila yang diekstrak daripada dubur beaver semakin berkurang.

Saintis kemudian menemui kaedah lain iaitu menghasilkan aroma seakan vanila daripada bahan semula jadi yang berasaskan pelagai tumbuhan. Ekstrak ini kemudian dikenali sebagai vanili sintetis.

Penggunaan vanila sintetik dalam bahan makanan kini mencapai 94% atau sekitar 37,286 tan per tahun. Sementara baki 6% produk makanan diperbuat daripada campuran vanila sebenar.

Carian Where Does Vanilla Flavoring Come From

Walaupun penggunaan ekstrak vanila daripada dubur beaver tidak digunakan secara komersial, ada satu minuman khas Sweden yang masih menggunakan ekstrak daripada haiwan itu.

Minuman itu dikenali sebagai Bäverhojt dan dibuat dengan merendam rektum beaver dalam botol.

Sumber: Detik