Beras

Cara Untuk Memilih Jenis Beras Yang Sesuai Dengan Diet Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bila sebut sahaja mengenai nasi, ramai yang beranggapan makanan ruji rakyat Malaysia ini sebenarnya tidak begitu menyihatkan.

Nasi sering dikatakan sebagai punca kegemukan dan patut dikurangkan bagi mereka yang bercita-cita untuk menguruskan badan.

Walaupun dakwaan ini ada kebenarannya, namun pemilihan beras yang sesuai juga sebenarnya turut memainkan peranan.

Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan mengenai perkara ini melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut.

Jom sama-sama kita pelajari bagaimanakah caranya untuk memilih beras yang lebih sihat.

Beras

BERAS YANG DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENYEBABKAN KITA SIHAT?

Sebelum kita memilih beras, elok kita faham tentang Glisemik Indeks (GI).

Untuk menurunkan berat badan dan sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.

GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55

GI menunjukkan berapa cepat glukosa masuk ke dalam darah setelah dihadamkan.

Semakin tinggi GI semakin cepat gula masuk ke dalam darah. Ia juga akan meningkatkan tahap insulin dan sukar untuk kita menurunkan berat badan.

Ini adalah senarai GI untuk setiap jenis beras secara mudah diingati.

  • Beras Pulut : GI 94
  • Beras Jasmine : GI 100 (Tinggi)
  • Beras Hancur : GI 80 (Tinggi)
  • Beras Basmati : GI 56 (Sederhana)
  • Beras Merah : GI 56 (Sederhana)
  • Beras Perang : GI :50 (Rendah)
  • Beras Rebus (Parboiled rice): GI 46 (Rendah)
  • Barli : GI 25 (Rendah)

Jadi pilih beras yang mempunyai GI yang rendah. Namun begitu nilai karbohidrat setiap beras adalah lebih kurang sama.

Jadi walaupun kita ambil beras rebus, beras perang atau barli, ambillah dalam kuantiti yang sederhana.

Ambil satu atau dua senduk dalam setiap hidangan berdasarkan keperluan tenaga kita. Banyakkan sayur dan buah dalam makanan yang kita makan.

#dietdrzubaidi

BACA: Ini Cara Makan Sikit Tapi Kenyang Lama, Confirm Boleh Kurus Punya

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad