Cara Tukar Ikon Instagram Kepada Versi Klasik Dan Lain-Lain

Cara Tukar Ikon Instagram
Sumber: Euro X Live

Cara Tukar Ikon Instagram Kepada Versi Klasik Dan Lain-Lain.

Instagram (kebiasaannya dipanggil IG) merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc.

Aplikasi ini dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger, dan dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di iOS. Versi untuk peranti Android dilancarkan pada bulan April 2012, diikuti oleh aplikasi sesawang pada bulan November 2012.

Sejak dari itu, sudah beberapa kali ikon aplikasi ini ditukar sehinggalah sekarang yang hanya menggunakan sebuah ikon dengan warna gradient sahaja.

Jadi, bersempena sambutan ulang tahun pengenalan Instagram yang ke-10, aplikasi media sosial keempat paling popular di Malaysia ini telah memperkenalkan ciri terbaharu iaitu mengubah ikon aplikasi Instagram kepada versi klasik dan pelbagai ikon lain juga.

Menerusi ciri baharu yang diperkenalkan ini, anda boleh mengubah ikon aplikasi Instagram kepada versi klasik yang pernah diperkenalkan oleh Instagram sejak awal penubuhan.

Cara tukar ikon Instagram kepada versi klasik

Pertama sekali, untuk mendapatkan ciri pastilah anda perlu mengemaskini aplikasi Instagram anda sama ada melalui Apple Store atau Play Store.

1. Pergi ke laman Instagram dan masuk ke bahagian ‘Setting’.

Cara Tukar Ikon Instagram

2. Kemudian, tarik (scroll) ke bawah sehingga terpapar ikon ‘Hadiah’ yang mana akan membawa anda ke halaman baharu.

Cara Tukar Ikon Instagram

Cara Tukar Ikon Instagram

Cara Tukar Ikon Instagram

3. Halaman itu akan memaparkan 12 ikon yang boleh anda gunakan. Pilih dan klik ikon pilihan anda kemudian selesai.

Cara Tukar Ikon Instagram

Cara Tukar Ikon Instagram

Hal-hal lain berkaitan Instagram:

BACA: Selamat Tinggal TikTok? Instagram Bakal Lancar Aplikasi Video Versinya Ogos Ini

BACA: ‘Influencer’ Dihalang Promosi Vape Dan Rokok Di Instagram

BACA: Instagram Kenalkan Fungsi Baharu Untuk Sorok Komen Jahat Netizen

BACA: Facebook Dan Instagram Haramkan Emoji ‘Tidak Senonoh’