
Cara Tebus eBelia RM150 Di Shopee Untuk Ekstra Ganjaran RM500!
Belia, jom tebus eBelia sekarang di Shopee untuk dapatkan ganjaran ekstra RM500 dengan cara mudah ini.
Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperkenalkan bantuan kredit RM150 dalam Program eBelia khas untuk golongan belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
BACA: Bermula 1-14 Jun 2021, Ini SOP Yang Perlu Anda Tahu Dalam PKP Terkini Di Seluruh Negara
Bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai dalam kalangan golongan belia dalam negara.
Jika anda pengguna tegar platform pembelian dalam talian terbesar, Shopee, kami mencadangkan agar anda menebusnya di sana untuk mendapatkan ekstra RM500!
Cara untuk tebus eBelia di Shopee ini mudah sahaja.
- Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
- Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.
Sebelum memohon, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya permohonan anda sah dan diterima:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar di IPT
- Tidak tebus eBelia di mana-mana platform e-dompet lain.
- Sahkan kad pengenalan anda
Mudah sahaja bukan?
Jangan lepaskan peluang dan bertindak sekarang!
Jika permohonan anda sudah lulus, sila gunakan sebelum 31 Julai 2021.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web shopee.com.my.