
Cara Tebus Diskaun Pembayaran Saman JPJ Sehingga 70%
Ini cara untuk anda tebus diskaun saman JPJ.
Mulai 13 April lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) memaklumkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ yang ke-75, pihak mereka akan menawarkan diskaun saman JPJ sehingga 70%.
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/10159369405422421
Tempoh diskaun yang dilanjutkan sehingga 11 Jun 2021 ini boleh dibayar menerusi tiga cara iaitu:
- Kaunter
- Kiosk
- Portal JPJ
- Aplikasi JPJ Mobile
- Saluran lain seperti MyEG
Untuk membuat semakan saman JPJ secara dalam talian, anda boleh layari laman jpj.gov.my dan masukkan pilihan carian serta kategori ID untuk melihat senarai saman yang anda miliki.
Atau anda juga boleh semak dan lakukan pembayaran di mySIKAP.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, seramai 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga tahun ini.
Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan pembayaran saman dengan diskaun sehingga 50% kepada pesalah trafik.
Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tawaran kepada anda untuk membayar tunggakan dengan diskaun saman 50% kepada pesalah trafik.
Tawaran ini khas kepada mereka yang membuat pembayaran melalui portal atau aplikasi MyBayar Saman sehingga 14 April 2021. Berdasarkan penerangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembayaran menerusi portal dan aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian dengan lebih mudah.