Tip Simpan Duit Setahun

Cara Simpan Duit Paling Berkesan, Boleh Cecah Lebih RM3,000 Dalam Setahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Simpan Duit Paling Berkesan, Boleh Cecah Lebih RM3,000 Dalam Setahun.

Bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran berkaitan amalan menyimpan duit ini, lantas ada yang berkata macam mana hendak menabung, untuk mencari sesuap nasi seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang, maka menabung itu hanya menjadi retorik bagi orang yang mampu.

Sebenarnya masih belum terlewat untuk menyegarkan kembali budaya menabung, walaupun ada yang beranggapan ekonomi sudah di ambang tahap gawat dengan bisnes kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak pun susah.

Perkara penting untuk menabung adalah memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi supaya hasilnya lebih memuaskan.

Justeru, kita harus membuat perkiraan balik perbelanjaan kita berdasarkan keperluan vs kehendak agar amalan menabung dapat dilakukan dengan mudah.

Antara cara simpan duit paling mudah dan berkesan selama ini ialah menabung dalam masa setahun dan simpanan itu boleh mencecah lebih RM3,000.

Jom kita lihat teknik menabung yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini.

Cara Menabung dalam Setahun

Memandangkan masih di awal tahun, belum terlewat lagi untuk anda mula menabung dengan teknik ini. Hujung tahun nanti apabila pecah tabung, tengok hasilnya memang luar biasa tak terkata!

Simpan Duit Setahun RM3,000
Sumber: Kate Genting

Teknik menabung setiap hari, minggu dan bulan

RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM600.

Jumlah keseluruhan setahun RM3,300.

Banyak perkara yang kita boleh buat dengan duit sebanyak itu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada juga cara menyimpan duit sehingga mencecah RM100,000 dalam setahun. Lihat perkongsian di bawah ini.

BACA: Wanita Ini Kongsi 5 Tip Bagaimana Boleh Simpan RM130,000 Dalam Setahun

Selamat mencuba!

Sumber: Kate Ginting