Cara Semak Dan Mohon Inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0

Inisiatif Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 yang diumumkan bersama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 menyasarkan kelompok Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

BACA: Ini Cara Untuk Membuat Permohonan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bertujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan, permohonan adalah terbuka buat semua PKS berdaftar yang layak dan cukup mengikut syarat permohonan.

Mana-mana peniaga yang tidak sempat memohon GKP yang lepas, permohonan sudah boleh dibuat bermula 1 HINGGA 31 OKTOBER di bawah Pakej Kita Prihatin.

Cara Semak Dan Mohon Inisiatif Geran Khas PRIHATIN 2.0 2

Siapa yang layak memohon GKP 2.0?

1. Bukan penerima GKP sebelum ini.

2. Berstatus warganegara Malaysia.

3. Menjalankan PKS mikro:

  • jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi empat orang (tidak termasuk pemilik), dan
  • berdaftar dengan agensi – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau apada 31 Ogos 2020.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Di mana boleh lakukan permohonan GKP 2.0?

Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal GKP yang disediakan. Permohonan secara manual TIDAK AKAN DITERIMA.

Cara Semak Dan Mohon Inisiatif Geran Khas PRIHATIN 2.0 1

Bila boleh semak keputusan permohonan inisiatif GKP 2.0?

Semak inisiatif GKP 2.0 boleh dibuat mulai 15 NOVEMBER 2020.