Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Biaya Pembelian Rumah

Sumber: iProperty

Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan ramai daripada kita memilih untuk menyewa daripada membeli. Cakna dengan masalah yang dihadapi rata-rata rakyat Malaysia ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

BACA: Miliki Rumah Pertama Dengan PR1MA – 4 Langkah Mudah Untuk Memohon

Siapa Yang Boleh Memohon Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Umur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  •  Membeli rumah kediaman – jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia
  • Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri – institut kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013

Kategori Pengeluaran

  • Individu
  • Bersama pasangan atau ahli keluarga

i-lestari kwsp

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

1. Pinjaman Perumahan

a) Individu

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (mana yang lebih rendah)

b) Bersama

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon

2. Pembiayaan sendiri 

a) Individu

  • Harga rumah + tambahan 10% ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

b) Bersama

  • Harga rumah + tambahan 10% ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pengeluaran KWSP Pembelian Rumah

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Buku bank atau Penyata akaun simpanan

Dokumen Tambahan

Dokumen tambahan untuk pembelian rumah pertama dan kedua menggunakan pengeluaran KWSP agak berbeza.

1. Rumah pertama

a) Pinjaman – Surat Hakmilik telah dikeluarkan

i – Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli
  • (Tarikh Perjanjian tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima)

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan Bukti Transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.

ii – Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan* DAN
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ ’Deed Of Assignment’/ Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman

*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun.

iii – Bukti Pindahmilik

  • Suratan Hakmilik/Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual/Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa) ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama ahli ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU
  • Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah

iv – Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan ATAU
  • Sijil Kelahiran

Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.

Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Biaya Pembelian Rumah 1

b) Pinjaman – Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan

i – Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A / ‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.

ii – Bukti Surat Hakmilik

  • Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli ATAU
  • Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa) ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan

iii – Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan* DAN
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman

*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun.

iv – Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan ATAU
  • Sijil Kelahiran

Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.

c) Pembiayaan Sendiri – Suratan hakmilik telah dikeluarkan

i – Bukti pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A / ‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.

ii – Bukti pindahmilik

  • Suratan Hakmilik atas nama ahli ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah

iii – Bukti transaksi

  • Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta

iv – Bukti pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

v – Bukti pertalian

  • Sijil Perkahwinan ATAU
  • Sijil Kelahiran

Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.

d) Pembiayaan sendiri – Surat hakmilik belum dikeluarkan

i – Bukti pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.

ii – Bukti pemilikan

  • Surat Ikatan Serahak

Di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan.

iii – Bukti transaksi

  • Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta.

iv – Bukti pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

v – Bukti pertalian

  • Sijil Perkahwinan ATAU
  • Sijil Kelahiran

Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi KWSP