
Cara Mudah Untuk Mohon Kerja ‘Oversea’ Dan Sebab Ramai Pakar Tak Suka Balik Malaysia
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Maksud peribahasa di atas menjadi pertikaian akhir-akhir ini setelah ramai didapati sering mempersoalkan kebenarannya.
Menurut tajuk muka depan Sinar Harian bulan lalu, tanpa kita sedari negara kita kehilangan seramai kira-kira setengah juta tenaga pakar dan profesional yang memilih untuk bekerja di luar negara ketika ini.
Hinggakan jururawat di Malaysia sendiri pun khabarnya ramai yang dah ‘cabut’ dan sanggup berhijrah ke Singapura untuk gaji yang lebih ‘masyuk’.
BACA: Gaji Macam Doktor Pakar, Ramai Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura
Betul ke keadaan di Malaysia sekarang ni dah semakin teruk hingga menyebabkan individu-individu berkemahiran tinggi ini ‘tak ret-reti nak balik’ untuk berkhidmat di negara sendiri?
Ija Juhari di laman Facebooknya telah membuat satu hantaran yang menarik mengenai isu ini dengan memberikan gambaran jumlah gaji dan perbelanjaannya sendiri semasa berada di luar negara beberapa tahun yang lalu.
Beberapa persoalan mengenai kenapa di Malaysia kini tenaga pakar lebih suka ‘lari’ dan pendatang pula yang lebih suka ‘mari’ turut ditimbulkan olehnya.
Turut disertakan beberapa pautan portal mencari pekerjaan menggunakan ejen untuk mereka yang berminat untuk mencuba nasib mencari rezeki di ‘oversea’ dengan cara yang lebih mudah.
Mungkin selepas membaca hantaran Ija Juhari ini, ramai yang akan mula sedar mana yang lebih baik, hujan emas atau hujan batu?
Kenapa orang wonder ramai professional tak nak balik Malaysia?
Ini aku cerita gaji aku yang tak seberapalah kalau nak banding dengan professional kat sana.
15 tahun lepas aku earn lebih kurang £26,000 gaji final aku. Tapi aku kena bayar tax around £400 permonth. Tapi aku rasa ok je sebab itu je satu-satunya tax yang aku bayar tapi aku dapat benefits healthcare free. Kalau ada anak dapat education free.
Benefits healthcare aku dapat free medical check-up setiap 3 bulan. Pap smears semua free. Dia orang call je suruh kau datang.
Gaji bersih aku lebih kurang £2000. Tapi aku boleh simpan around £800-£1000 permonth setiap bulan. Sebab perbelanjaan aku biasa je. Aku bukan jenis keluar malam or clubbing. Aku suka duduk rumah.
Barang dapur £50 sebulan. Penuh troli.
Transport £45. Ini untuk bas and tram. Ko boleh pilih nak naik apa.
Studio £400. Fully furnished 1 bedroom.
Shopping £200. Ini pun penuh tangan nak bawa paper bag.
Internet £25. Waktu ni dah merasa 400mbps.
Phone £15. 15 untuk Skype. Aku tak ada hutang iPhone. Beli cash je terus.
Belanja harian £5. Makan fish & chips. Kenyang sampai malam. Kedai Pakistan jual kebab pun boleh makan dari pagi sampai malam.
Kalau aku tak jalan-jalan aku leh simpan 1k. Kalau aku travel aku simpan lebih kurang £800. Part paling best bab travel kau boleh dapat tiket kapal terbang serendah €19 untuk pergi Dublin or even €30 untuk pergi Paris.
Banyak gila pilihan transport and semuanya affordable. Kalau rasa nak sewa kereta kau boleh sewa serendah £11 untuk sehari Mini Cooper or Volkswagen Golf. Aku memang suka sewa kereta sebab kekadang dapat kereta besar. Kau nak travel tak sestruggle duduk Malaysia kena simpan duit berbulan-bulan even bertahun. Kat sana sebulan pun dah boleh berjalan 1 Europe.
Ini perbelanjaan waktu tu. Sekarang den tak tahulah. Tapi den tak rasa naik dia banyak sangat. But still gaji pun bertambah den tengok. Sekarang 2022 gaji ID boleh dapat around £6k. Tinggi tu. Exec dulu pun dalam £4k.
Cleaner kat sana pun dapat £800/month boleh travel merata. Kalau student hanya boleh kerja tak lebih 4 jam sehari. So pepandailah. Memang senang nak cari duit. Asalkan rajin.
Aku kira junior. Tapi aku cakap £1800 kat sana tak sama dengan gaji RM4600 masa aku memula balik Malaysia. Bayangkan nak justify balik perbelanjaan aku. Memang struggle. Sib baik ada saving je waktu tu.
Korang sendiri boleh kira kan. Sebab tu masa aku start kerja gaji £1300 pun boleh settlekan baki hutang Bank Rakyat dalam masa 2 bulan.
Bukan aku nak cakap duduk Malaysia ni susah. Tapi duduk Malaysia ni memang sangat-sangat susah. Kau gaji 6k pun belum tentu boleh saving 1000 sebulan sebab taraf hidup yang sangat tinggi.
Orang kata duduk UK mahal. Sebenarnya kalau kau earn duit sana kau tahu betapa murahnya lifestyle yang kau kena bayar.
Sebab tu bila aku beli dress Zara £30 orang sana kata mahal. Walhal kalau nak kira gaji aku 1300 dengan dress 30 ringgit aku rasa ok lagi. Lainlah kerja kat Malaysia. Gaji 1300 beli baju t-shirt Zara RM200. Itu memang mahal.
Bila aku bercakap pasal migrate ni bukannya aku nak cakap kehidupan dekat sana tak ada cabaran. Tapi at least kau ada work life balance. Kau kerja dan dibayar setimpal dan kau boleh dapat apa yang kau nak dengan mudah.
Property kat sana mahal, tapi benda lain murah. Lagi satu bila kau duduk luar rasa ingin tahu pasal negara tu tinggi and lagi banyak pengalaman yang kau boleh ceduk dari mutiracial people.
Aku nak anak aku rasa pengalaman bekerja dan duduk negara orang. Biar dia orang boleh belajar culture and be more wiser.
Asyik duduk tempat sama je kepala otak kau jem sebab terpaksa ikut acuan orang yang sama. Aku balik masuk kerja dengan semi gov. 4 bulan je aku terus berhenti 24 hrs. Aku semak dengan mentaliti orang kat situ.
“Kau tak payah kerja laju sangat. Kau ikut je pace orang lain. Hujung bulan dapat gaji.”
Itulah sebabnya kenapa kroni korup semakin membimbangkan dekat Malaysia ni sebab kepala otak semua orang dah dibrainwash oleh mentaliti yang sama.
Kenapa pendatang banyak suka datang Malaysia?
Bukan sebab duit dia besar dan mudah. Tapi sebab korupsi banyak dan semua PATI yang masuk ni dah ada yang dapat untung dari situ.
Nak cari kerja kat oversea mesti guna agent. Tak boleh walk-in. Korang kena apply thru online.
Untuk UK boleh try
Untuk Middle East boleh try
https://www.gulftalent.com/mobile/
Untuk Asia boleh try
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Ija Juhari