Cara Mohon SPA9

Cara Mohon Kerja Dengan Kerajaan Melalui Sistem SPA9

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Mohon Kerja Dengan Kerajaan Melalui Sistem SPA9

Untuk pengetahuan semua, sistem permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah dinaik taraf daripada SPA8i kepada SPA9 bermula 28 September 2020.

SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah SPA.

SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.

Menerusi kenyataan SPA, jika sebelum ini pemohon sudah membuat pendaftaran pekerjaan melalui SPA8i, anda tidak perlu membuat pendaftaran baru untuk SPA9 ini.

Namun, bagi pemohon yang ingin memohon kerja tetapi masih belum membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9.

Pemohon boleh menggunakan SPA9 untuk menyemak status permohonan terkini serta permohonan baru.

SPA lebih mesra pengguna iaitu keputusan boleh disemak dengan mudah dan lancar, serta permohonan menjadi lebih mudah.

Berikut adalah cara untuk log masuk ke laman SPA9:

1. Masuk ke portal rasmi SPA9 di laman sesawang berikut:

Cara Mohon SPA9

2. Pastikan anda membaca peraturan yang disediakan dan tidak memasukkan maklumat palsu atau mengelirukan.

  • Klik ‘Pendaftaran Pengguna’
  • Lengkapkan maklumat seperti yang diminta
  • Tanda pada kotak dan klik setuju

3. Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun SPA8i, anda perlu membuat “Pendaftaran Pengguna” bagi memasuki ruangan SPA9 ini.

  • Masukkan maklumat terkini dan tekan butang ‘Daftar’.
  • Kembali semula ke halaman depan SPA9

4.  Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.

Pendaftaran pekerjaan dalam SPA9

i. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);

ii. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;

iii. Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower

Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan dan aduan boleh rujuk di talian HOTLINE SPA di 03-8091 9000.